Jan 19, 2013

Tempang

Hari ini, 2 hari yang dulu.
Berjalan seperti biasa.
Tidak ada jatuh, terseliuh atau apa-apa.
Kaki jadi bengkak.
Bengkak biasa saja.
Diri sendiri pelik apa yang berlaku.
Jumpa tukang sakit.
Tiada apa yang teruk.
Alhamdulillah.
Tapi tempang untuk beberapa hari.
Tak pasal-pasal tempang.
Sakit.
Pedih.
Ouch!

Jan 11, 2013

FKWL : Seseorang

Dia seorang yang rajin, tetapi tegas.
Dia seorang yang tegas, tetapi kelakar.
Dia seorang yang kelakar, tetapi panas baran.
Dia seorang yang baran, tetapi manja.
Dia seorang yang manja, tetapi pendiam.
Dia seorang yang pendiam, tetapi penyayang.

Dia 'seseorang' dalam hati ini, tetapi belum sepenuhnya dapat dimiliki.
Dia 'seseorang' dalam hati ini, tetapi perasaan rindu tetap ada.
Dia 'seseorang' dalam hati ini, tetapi berjauhan.
Dia 'seseorang' dalam hati ini yang disayangi dan dicintai.
Dia 'seseorang' dalam hati ini.

source : tumblr

2013 : Smartfong dan Tuiter

Ooh hampir terlupa bahawa aku 'tertinggal' untuk menulis entry berkaitan tahun 2013. Bagi aku tahun ini still sama seperti tahun sebelumnya, cuma usia aku akan meningkat. Bermulanya tahun baru ini, aku tak dapat nak mulakan permulaan Januari dengan baik. Agak goyah dan terumbang-ambing. 

Nak deactivate twitter pun tak berapa pandai. Padahal dah tahu takleh nak deactivate dalam smartfong. Kena deactivate sendiri thru lappy. But aku tak deactivate pong, aku just offline seketika. Bukan dalam mood yang baik untuk ber-tuiting. Sekalung tahniah buat member aku yang baru register akaun twitter. Selamat datang aku ucapkan lol. 

Setakat ini permulaan tahun baru masih kelihatan 'longgar' dan memerlukan 'skru' untuk mengetatkan bahagian yang longgar. Agak payah nak cari 'skru' yang sesuai. Sangat payah. Rasa macam nak guna paku dan tukul je. Sorry if engko orang tak paham. So that's all for this entry. Bosan tulis entry gini wooi! Akan kembali dengan entry FKWL. Haha. 

Dengan harapan jumpa duyung tepi pantai esok. lol


Jan 9, 2013

FKWL : Pengakhiran

Setiap hubungan ada pengakhirannya.
Setiap hidup ada pengakhirannya juga.
Setiap perkara dalam hidup ini ada pengakhirannya.
Bukan semua perkara yang akan kekal untuk selama-lamanya.
Bukan sentiasa tersenyum, gelak tawa dan suka duka.
Bukan sentiasa akan bahagia.
Setiap perkara memang ada dugaan, cabaran atau halangan.
Tidak semua perkara dapat di atasi dengan mudah.
Semuanya memerlukan usaha, doa dan tawakal.
Ya, bukan semua perkara akan kekal.
Kerna ianya tetap ada pengakhiran.

Source : tumblr