"Tunggu Sara."
"Huh?"
"Perlu ke awak buat macam ni kat saya?"
"Awak masih tak faham lagi? Saya nak lelaki yang matang. Bukan childish macam awak."
Fadli masih tak faham dengan sikap Sara. Sering cintanya ditolak. Alasannya hanya dikatakan tidak matang, padahal usianya sudah mencecahi 21 tahun. Sikap budak-budak pun tidak pernah ada dalam dirinya. Cuba berfikiran positif. Apa yang Sara mahu, masih dalam tanda tanya. Apa yang pasti rantai leher ini mesti dihadiahkan kepada Sara. Keesokannya, Fadli telah bertemu dengan Sara. Tanpa berkata apa, terus dia berikan rantai leher tersebut. Sempena hari jadinya yang ke-23.
"Saya tak perlukan hadiah awak."
"Tapi saya sukakan awak. Kenapa awak selalu menolak?"
"Sebab..."
"Sebab saya tak ada ciri-ciri lelaki macam dia?"
"Dia?"
"Ya. Awak fikir saya tak tahu mengenai dia? Saya tahu segalanya pasal awak dan dia."
"Sorry, takde kaitan dengan awak."
"Please dengar apa yang saya nak cakap dulu."
"Cakaplah."
"Saya suka awak. Perlu ke awak menunggu dia. Saya tahu kamu berdua pernah bercinta dahulu."
"Sebab dia matang. Awak kebudak-budakan. So, saya tak perlukan awak."
"Saya tak ada sikap macam tu. Pernah ke saya bersikap demikian depan awak?"
"Tak pernah. Tapi saya perlukan kasih sayang dari lelaki yang matang seperti dia."
"Saya tak cukup matang bagi awak? Apa yang awak mahu lagi dalam diri saya? Tak cukupkah saya mencintai awak, Sara?"
"Sudah. Saya tetap dengan pendirian saya."
----------------------------------------------------
Pernah terjadi dalam hidup korang? Rasannya setiap insan yang bergelar manusia, pernah merasai pengalaman seperti di atas. Mungkin bukan kerana isu 'matang', mungkin kerana isu lain. Pengalaman cinta ditolak tuu rasanya sering juga terjadi dalam kehidupan masing-masing. Sedangkan Arez sendiri pernah terkena, apatah lagi reader(s) kan? Apapun tak semestinya gadis/jejaka yang kita inginkan tuu akan jatuh cinta pada kita jika kita seorang saja yang syok sendiri. Hadiahkan apapun pada dia, mungkin dia still berkeras dengan pendirian dia. Buat rugi duit korang je. HAHA itu saja yang nak dikongsikan kali ni. Terima kasih sudi membaca.