Khamis (18 Ramadan
1432H) – 1533pm
Pulang saja dari pasaraya Giant di pusat bandar, hasrat
aku tercapai . ya, tercapai apabila aku dapat membeli sebuah buku . tidak tahu
ia berada dalam kategori mana, sama ada motivasi atau lain-lain . “Nota Hati
Seorang Lelaki” hasil tulisan seorang penulis yang berbakat iaitu Pahrol Mohd.
Juoi . pada mulanya tak terfikir dalam benak fikiran pun nak beli buku tu .
entah macam mana aku tergerak hati dan menghulur 2 not RM10 . terpaksalah aku
mengikat perut pada hari-hari akhir Ramadan ni .
Sebaik saja tiba di rumah, aku berehat sejenak .
kemudiannya membuka bungkusan plastik yang dibalut rapi pada buku tersebut .
kata kawanku, karya penulis ni memang best . aku mengangguk saja laa . selepas
membuka bungkusan tersebut, aku membaca pada kulit belakang buku itu . sipnosis
pendek mengenai buku itu . puitis sungguh ayatnya . itu baru sipnosis pendek .
Aku mula membaca pendahuluan . ayat yang digunakan adalah
bahasa Melayu baku . bahasa standard sasterawan . samalah dengan tulisan aku
sekarang . kekadang aje guna bahasa baku, ikut mood juga . berbalik kepada buku
itu . terdapat 4 bahagian – Kisah sebagai seorang anak, suami, ayah dan Da’i .
actually aku tak habis baca lagi . baru sampai Nota 4 . yelaa, baca dengan
penuh penghayatan . aku minat dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Encik
Pahrol ni .
Aku teruskan membaca – Kisah mengenai seorang anak . dan aku
tertarik dengan tajuk Nota 4 iaitu “Ketupat Emak” . ia mengisahkan seorang anak
lelakinya yang sudah berkeluarga pulang berhari raya di rumah emak dan ayahnya
. emaknya gembira apabila kesemua anak-anaknya dapat berkumpul dan
bermaaf-maafan pada pagi raya . pada satu ketika, tinggal anak lelakinya dan emak
di rumah . yang lain pergi beraya termasuk anak-anak dan isterinya . emaknya
membelah ketupat untuk anaknya, sambil bercerita mengenai keadaan keluarga
mereka yang pada mulanya hidup susah . dulu ketupat hanya ada dalam 3 hingga 4
biji sahaja . tanpa rendang, tanpa kuahnya . emak tetap buat ketupat untuk
anaknya pada setiap hari raya .
Aku tersentuh dengan Nota 4 ini . dan wajah ibu terlintas
di kepalaku . aku bingkas bangun, mengambil wuduk dan solat zuhur serta melakukan
solat sunat . kemudiannya, berzikir dan berdoa kepada-Nya dengan harapan Dia
menerima doaku . aku mendoakan agar usia ibu bapaku dilanjutkan, supaya mereka
murah rezeki dan dipermudahkan perjalanan di dunia dan akhirat . air mataku
mengalir, teramat rindu dengan bebelan ibu . aku tak dapat tahan air mata ini .
diriku lemah sangat, aku tabahkan juga .
Sesudah solat, aku menghubungi ibuku . aku meminta maaf
kepadanya . ya, aku sudah banyak membebankan kedua ibu bapaku . aku memohon
maaf . sekali lagi air mataku mengalir . Ya Allah, rapuhnya hati hambaMu ini .
tabahkanlah hatiku Ya Allah . ibu berpesan, jangan bawak motor laju-laju dan
jangan lupa solat . Ya Allah, aku bersyukur kerana ibu bapaku masih berada di
sampingku yang sentiasa memberi semangat kepadaku . Alhamdulillah .
Aku menulis warkah ini dengan menggunakan hati yang lemah
dan rapuh . sekadar meluahkan apa yang aku rasa di dalam blog kesayangan ini .
semoga ia dapat memberi semangat kepada pembaca-pembaca yang singgah membaca
entry ini . terima kasih .
“Ujian hidup ialah satu didikan langsung
daripada Tuhan.”