“Siapa yang lebih layak untuk memiliki
puteri kayangan tersebut?”
Alhamdulillah, Arez dah dapat feedback yang baik lepas
buat kisah ni. Terima kasih kepada reader(s) yang menghargai entry tersebut.
Baiklah, kali ni Arez nak sambung entry Kisah
Kayangan #2. Dalam Kisah Kayangan #1, ceritanya berakhir dengan keadaan
tuan puteri tersebut yang tidak tahu siapa pilihannya. Jom sama-sama baca episod terakhir kisah kayangan ini.
Setelah beberapa bulan dalam keadaan yang membingungkan,
puteri kayangan tersebut telah mengambil keputusan untuk menyembunyikan dirinya
untuk sementara waktu. Dengan kata lain, ingin bersendirian. Jejaka tersebut
amat terkejut dan berasa kehilangan tuan puteri. Beliau rasa bersalah dengan
kenyataan yang dibuat olehnya tempoh hari. Dia cuba mencari jejak kekasihnya
itu dan akhirnya berjumpa di sebuah hutan yang kelam. Cuba memujuk hati
kekasihnya itu.
“Jika kamu amat menyayangiku, kamu perlu
berkorban untuk memilih siapa yang lebih layak untuk bersama kamu. Jika aku
yang kamu pilih, kamu perlu menerima hakikat bahawa selepas ini kita berdua
akan hidup bersama. Dan sahabatmu itu juga ada hidupnya sendiri. Bukankah dia
sudah dimiliki oleh gadis kayangan juga? Aku amat menyayangi dirimu dan tidak
mahu kehilangan kamu. Harap kamu faham isi hati ini.”
Puteri kayangan tersebut akhirnya memilih hati jejaka
tersebut kerana dia juga amat menyayangi jejaka tersebut. Jejaka tersebut telah
menjaganya sebaik mungkin tika mereka bersama. Jejaka tersebut mengatakan
kepada kekasihnya itu supaya bertenang dengan apa yang berlaku. Puteri kayangan
cuba menerima hakikat di mana sahabatnya itu tidak semestinya akan sentiasa
berada di sisinya walaupun sudah berkahwin nanti. Dengan berkat doa jejaka
tersebut, akhirnya mereka berdua telah direstui oleh keluarga masing-masing
walaupun berlainan dunia. Mereka berdua akhirnya hidup bahagia hingga ke akhir
hayat. Tamat.
Apa yang reader(s) dapat melalui kisah ini? Ya, mereka
tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ada. Kalau reader(s) yang
sedang bercinta tuu, harap tabah dalam bercinta. Selalu berdoa kepada-Nya.
InsyaAllah dengan berkat doa kita tuu, kita akan dapat kebahagiaan yang kekal.
Amin. Sekian saja dari Encik Arez dan harap reader(s) enjoy dengan Kisah
Kayangan ini. Terima kasih.


No comments:
Post a Comment