Aug 18, 2011

Luahan Hatiku Sebagai Anak


Khamis (18 Ramadan 1432H) – 1533pm

Pulang saja dari pasaraya Giant di pusat bandar, hasrat aku tercapai . ya, tercapai apabila aku dapat membeli sebuah buku . tidak tahu ia berada dalam kategori mana, sama ada motivasi atau lain-lain . “Nota Hati Seorang Lelaki” hasil tulisan seorang penulis yang berbakat iaitu Pahrol Mohd. Juoi . pada mulanya tak terfikir dalam benak fikiran pun nak beli buku tu . entah macam mana aku tergerak hati dan menghulur 2 not RM10 . terpaksalah aku mengikat perut pada hari-hari akhir Ramadan ni .

Sebaik saja tiba di rumah, aku berehat sejenak . kemudiannya membuka bungkusan plastik yang dibalut rapi pada buku tersebut . kata kawanku, karya penulis ni memang best . aku mengangguk saja laa . selepas membuka bungkusan tersebut, aku membaca pada kulit belakang buku itu . sipnosis pendek mengenai buku itu . puitis sungguh ayatnya . itu baru sipnosis pendek .

Aku mula membaca pendahuluan . ayat yang digunakan adalah bahasa Melayu baku . bahasa standard sasterawan . samalah dengan tulisan aku sekarang . kekadang aje guna bahasa baku, ikut mood juga . berbalik kepada buku itu . terdapat 4 bahagian – Kisah sebagai seorang anak, suami, ayah dan Da’i . actually aku tak habis baca lagi . baru sampai Nota 4 . yelaa, baca dengan penuh penghayatan . aku minat dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Encik Pahrol ni .

Aku teruskan membaca – Kisah mengenai seorang anak . dan aku tertarik dengan tajuk Nota 4 iaitu “Ketupat Emak” . ia mengisahkan seorang anak lelakinya yang sudah berkeluarga pulang berhari raya di rumah emak dan ayahnya . emaknya gembira apabila kesemua anak-anaknya dapat berkumpul dan bermaaf-maafan pada pagi raya . pada satu ketika, tinggal anak lelakinya dan emak di rumah . yang lain pergi beraya termasuk anak-anak dan isterinya . emaknya membelah ketupat untuk anaknya, sambil bercerita mengenai keadaan keluarga mereka yang pada mulanya hidup susah . dulu ketupat hanya ada dalam 3 hingga 4 biji sahaja . tanpa rendang, tanpa kuahnya . emak tetap buat ketupat untuk anaknya pada setiap hari raya .

Aku tersentuh dengan Nota 4 ini . dan wajah ibu terlintas di kepalaku . aku bingkas bangun, mengambil wuduk dan solat zuhur serta melakukan solat sunat . kemudiannya, berzikir dan berdoa kepada-Nya dengan harapan Dia menerima doaku . aku mendoakan agar usia ibu bapaku dilanjutkan, supaya mereka murah rezeki dan dipermudahkan perjalanan di dunia dan akhirat . air mataku mengalir, teramat rindu dengan bebelan ibu . aku tak dapat tahan air mata ini . diriku lemah sangat, aku tabahkan juga .

Sesudah solat, aku menghubungi ibuku . aku meminta maaf kepadanya . ya, aku sudah banyak membebankan kedua ibu bapaku . aku memohon maaf . sekali lagi air mataku mengalir . Ya Allah, rapuhnya hati hambaMu ini . tabahkanlah hatiku Ya Allah . ibu berpesan, jangan bawak motor laju-laju dan jangan lupa solat . Ya Allah, aku bersyukur kerana ibu bapaku masih berada di sampingku yang sentiasa memberi semangat kepadaku . Alhamdulillah .

Aku menulis warkah ini dengan menggunakan hati yang lemah dan rapuh . sekadar meluahkan apa yang aku rasa di dalam blog kesayangan ini . semoga ia dapat memberi semangat kepada pembaca-pembaca yang singgah membaca entry ini . terima kasih .

“Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Tuhan.”

2 comments:

Shila Asmadi said...

"Aku menulis warkah ini dengan MENGGUNAKAN hati yang lemah dan rapuh"

Ayoyo En. Arez cane nak tulis guna hati tu? :p
Lain lah kalau kata "aku menulis warkah ini dengan perasaan yang sangat lemah dan rapuh". Tu boleh terima gak la.

Btw, nanti boleh la pinjam buku tu ye :p

Arez Razin said...

haha apelaa mkcik ni .
silap sikit aje tuu :D