“Siapa lebih penting? Dia ke saya?”
Baiklah, hari ini Arez nak share sebuah cerita dongeng di
mana seorang puteri kayangan sedang bersedih. Wah! Puteri kayangan mana pulak
ni? Okay, sambung cerita. Kita mula dari awal-awal cerita, okay tak?
Pada satu hari, puteri kayangan tersebut telah berkenalan
dengan seorang jejaka yang berasal dari dunia biasa. Itu kerana si dia telah
turun ke bumi untuk mencari barangan yang disuruh oleh ayahanda-nya. Tiba-tiba
dia berada dalam perangkap seorang penyamun. Macam biasalah, kalau seorang
jelitawan berada dalam kesusahan pasti akan ada hero. Betul kan? Baiklah. Seorang
jejaka telah datang untuk menyelamatkan puteri kayangan tersebut daripada
situasi bahaya itu. Dia dibawa ke tempat yang selamat. Setelah itu, mereka
berdua berkenalan satu sama lain. Jejaka tersebut telah berjaya menawan hati
puteri kayangan tersebut. Mereka berdua bercinta dan menempuhi segala dugaan
yang ada.
Tetapi pada satu ketika di Kayangan, puteri tersebut
mempunyai seorang sahabat yang sangat karib dengannya. Sahabatnya itu mungkin
telah terasa hati dengannya lalu membawa diri. Puteri kayangan sangat sedih
dengan tindakan sahabat yang amat disayanginya. Jejaka tersebut cuba memujuk
hatinya supaya tabah dengan dugaan ini. Jejaka tersebut cuba dan terus mencuba
dengan sungguhnya. Jejaka itu amat mencintai puteri kayangan. Tapi puteri
kayangan bagaikan tidak tahu apakah yang lebih penting tika saat itu. Jejaka
itu telah memberi kata dua kepada puteri kayangan :
“Aku hanya orang biasa dari bumi. Dia lebih
mulia dariku. Dia sahabatmu yang berasal dari kayangan. Sama taraf denganmu. Namun
apakah pilihanmu? Aku bukan hendak membebankan lagi fikiranmu itu. Aku percayakan
diri kamu. Kamu amat sayangkan kedua-duanya. Tapi adakah sanggup untuk kamu
hadapi hidup ini tanpa sahabat kayanganmu itu?”
Bersambung...


No comments:
Post a Comment