Jul 28, 2011

Malam Bulan Dipagari Bintang

Alhamdulillah, semalam baru aje habis Malam Bulan Dipagari Bintang (MBDB) . program tuu menggabungkan 3 elemen kebudayaan - Koir, Tarian & Seni Lakonan . Encik Blogg mewakili seni lakonan . rasanya kita orang semua dah buat yang terbaik untuk semalam . training pun dah berat-berat .

Program ni di bawah anjuran Kelab Kebudayaan UiTM Kuala Terengganu . semua dah berikan kerjasama yang baik . apa yang bestnya, teater kami ni mengisahkan kehidupan di kampus . ada 6 scene semuanya - perebutan baldi di toilet, MEDEC (kedai koperasi), patah hati dalam kelas, kafeteria, percintaan di gazebo & makcik karipap di kolej lelaki . HAHA mehh tengok beberapa gmba dari kamera buruk saya :

 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









Itu saja yang Arez dapat kongsikan dengan reader(s) . memang enjoy dengan Malam Bulan Dipagari Bintang . akhirnya dapat juga encik blogg libatkan diri dalam teater . dah lama simpan minat untuk terlibat dalam teater & tarian . Alhamdulillah diberi peluang oleh Pengarah Seni Lakon Layar sendiri . harap semester depan buat lagi :)

Jul 19, 2011

Kisah Awak dan Saya

"Perlu ke awak bersikap macam ni dengan saya?"
"Kenapa? Awak tak suka dengan cara saya?"
"Ya. Saya tak nak awak tinggalkan saya.."

Sudah 5 tahun 5 bulan dia tak muncul depan saya . pelbagai cara saya dah lakukan, tapi still tak berkesan . saya dah buntu . tak tahu nak buat macam mana dah . saya dah berdoa supaya dapat berjumpa dengan dia kembali . dia dah janji dengan saya, nak jaga saya . kenapa dia tak beritahu yang dia ada kanser otak . kenapa? saya nak jumpa dia sekejap saja . Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini .

Baiklah, kat atas ni ialah sebahagian daripada petikan kisah benar . tapi bukan mengenai hidup tuan blogg . tak ada kena mengena langsung . tapi pernah tak antara korang mengalami peristiwa/situasi begini? kehilangan orang yang kita cintai atau lebih dikenali sebagai kekasih atau suami/isteri .

Actually tuan blogg ada kawan yang pernah mengalami situasi begini . kisahnya bermula begini : Ketika di sekolah rendah lagi dia (si gadis) sudah mengenali seorang pelajar lelaki ni . lepas tuu, mereka berdua akhirnya berkawan rapat sehinggalah mereka berdua meningkat dewasa . ada laa dalam 12 tahun mereka berkawan rapat . satu hari tuu, lelaki tersebut berubah . si gadis tersebut pelik dengan perubahan kekasihnya itu . lelaki tuu dah jarang berjumpa dengan gadis tersebut . si gadis tak tahan dah dengan perangai lelaki tuu . si gadis ajak berbincang face-to-face . dialog mereka macam kat atas tuu . seriously, si gadis tuu tak tahu apa masalah kekasih dia .

2 bulan kemudian, lelaki tersebut meninggal dunia kerana kanser tumor otak . si gadis mendapat tahu dan terlalu sedih dengan pemergian Allahyarham . apa tidaknya, hubungan mereka pun dah direstui keluarga . tapi Alhamdulillah, sekarang gadis tersebut dapat menerima peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai satu hikmah . apa pendapat korang tentang cerita ni? Arez minta maaf kalau cerita ni ada menyinggung perasaan reader(s) .

Kehilangan orang yang kita sayang bukan bermaksud Allah tak sayang kita . 
Mungkin Allah 'simpan' kita untuk seseorang yang lebih sesuai dengan kita .

p/s : 5 tahun 5 bulan tuu tajuk novel Hlovate . HEHE

Bahaya di Cyber Cafe!

Kenapa sekarang ada amaran bahaya bila online di cyber cafe? Baiklah, entry ini bukan melarang korang semua untuk online di cyber cafe atau cafe mana-mana yang boleh online ye . ini berkenaan dengan penggunaan Keystroke pada komputer tersebut . Keystroke tu menatang apa pulak?

Keystroke merupakan satu alat yang ditikam dicucuk pada hujung kabel keyboard yang berhubung dengan PC tersebut . ia digunakan untuk menyimpan segala data yang korang key-in semasa online . segala data akan tersimpan dalam sebuah device yang dikenali sebagai Black Device . selalunya benda alah ni ada dekat cyber cafe macam kat lapangan terbang atau hotel . seriously bahaya gyle . andai kata reader(s) key-in data dalam akaun bank, makhluk Allah atau lebih senang digelar sebagai pemilik cafe tersebut boleh buka semula apa yang korang online-kan tadi .



Sebagai langkah berhati-hati, korang mestilah check dulu sebelum online . nanti tak pasal-pasal akaun bank dah bertukar password dan sebagainya . mungkin akaun Facebook lebih mudah di-hack dengan penggunaan Keystroke tersebut . btw, itu saja yang saya nak share kali ni :)

Panas! Kena Buka Baju!

Morning reader(s) .

Bagaikan tidak percaya bila video seorang peminat bola yang memakai jersi Manchester United ketika latihan Liverpool di Bukit Jalil mendapat liputan yang luas. Apa tidaknya, penyerang MU iaitu Wayne Rooney memberi komen tentang video tersebut dalam laman Twitter beliau . tapi bila Arez tengok video tuu, memang kesian pun ada kat mamat tuu . memang respect laa sampai dia boleh pakai jersi MU . pergh! dah laa ramai peminat Liverpool yang ada . HAHA last sekali, blah jugak mamat tuu . jumm ushaa beberapa gambar yg berjaya dirakam (malas letak video, nanti nak kena tunggu loading pulak) :



p/s : you never walk alone babe .

Jul 18, 2011

Untitled Lagi

Halooo reader(s) .

Alhamdulillah, hasrat untuk adjust blog HAMS akhirnya telah tercapai . header & background yang sangat buruk telah ditukar . bosan laa dengan header lama . lepas bersusah payah guna photoshop, terhasil laa header baru yang tak seberapa tuuu .

Encik blogg sedang bercuti sempena midterm break . rasa macam tak cuti aje kali ni . cuti ni ada banyak benda yang nak kena buat . ini pun baru aje kemas bilik yang sarat dengan permainan  barang-barang . saya jarang balik rumah, takut tak sempat nak kemas sebelum Aidilfitri ni . rasa lega laa sikit lepas kemas-kemas tadi . bilik besar-besar penat nak kemas . rasanya itu aje yang nak share . bosann .


p/s : lagu Ahmad by Arrora Salwa sgt kontroversi .

Jul 3, 2011

Latihan Latihan Latihan!

Salam reader(s) .

Hai semua! Rasa macam tak best pulak kalau tak update blogg . tengok member blogg yang lain semuanya update aje . Baiklah, hari ini merupakan hari pertama tuan belogg HAMS menjalani Latihan Praktikal Dalaman di Bahagian Pentadbiran UiTM Kuala Terengganu .

Nak kata sibuk tuu, takdelah sangat . maybe baru hari pertama, so takdelah kerja yang berat-berat lagi . time praktikal tadi asyik berborak aje dengan pegawai kat dalam office tuu . ada juga Arez buat kerja pejabat tadi . fotostat kertas kerja, hantar surat ke sana-sini . apapun harap hari ini berjalan dengan lancar . itu saja yang Arez nak share kali ini . next post Arez akan share pasal Karnival Drift yang baru saja tamat semalam di depan Stadium Gong Badak, Terengganu .


p/s : malas bangun awal!