"Perlu ke awak bersikap macam ni dengan saya?"
"Kenapa? Awak tak suka dengan cara saya?"
"Ya. Saya tak nak awak tinggalkan saya.."
Sudah 5 tahun 5 bulan dia tak muncul depan saya . pelbagai cara saya dah lakukan, tapi still tak berkesan . saya dah buntu . tak tahu nak buat macam mana dah . saya dah berdoa supaya dapat berjumpa dengan dia kembali . dia dah janji dengan saya, nak jaga saya . kenapa dia tak beritahu yang dia ada kanser otak . kenapa? saya nak jumpa dia sekejap saja . Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini .
Baiklah, kat atas ni ialah sebahagian daripada petikan kisah benar . tapi bukan mengenai hidup tuan blogg . tak ada kena mengena langsung . tapi pernah tak antara korang mengalami peristiwa/situasi begini? kehilangan orang yang kita cintai atau lebih dikenali sebagai kekasih atau suami/isteri .
Actually tuan blogg ada kawan yang pernah mengalami situasi begini . kisahnya bermula begini : Ketika di sekolah rendah lagi dia (si gadis) sudah mengenali seorang pelajar lelaki ni . lepas tuu, mereka berdua akhirnya berkawan rapat sehinggalah mereka berdua meningkat dewasa . ada laa dalam 12 tahun mereka berkawan rapat . satu hari tuu, lelaki tersebut berubah . si gadis tersebut pelik dengan perubahan kekasihnya itu . lelaki tuu dah jarang berjumpa dengan gadis tersebut . si gadis tak tahan dah dengan perangai lelaki tuu . si gadis ajak berbincang face-to-face . dialog mereka macam kat atas tuu . seriously, si gadis tuu tak tahu apa masalah kekasih dia .
2 bulan kemudian, lelaki tersebut meninggal dunia kerana kanser tumor otak . si gadis mendapat tahu dan terlalu sedih dengan pemergian Allahyarham . apa tidaknya, hubungan mereka pun dah direstui keluarga . tapi Alhamdulillah, sekarang gadis tersebut dapat menerima peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai satu hikmah . apa pendapat korang tentang cerita ni? Arez minta maaf kalau cerita ni ada menyinggung perasaan reader(s) .
Kehilangan orang yang kita sayang bukan bermaksud Allah tak sayang kita .
Mungkin Allah 'simpan' kita untuk seseorang yang lebih sesuai dengan kita .
p/s : 5 tahun 5 bulan tuu tajuk novel Hlovate . HEHE
1 comment:
sedih lah plak =_=
Post a Comment