Oct 24, 2012

FKWL : Aku dan Dia (Tiga)

"Maafkan saya. Saya terpaksa buat keputusan ini."

Amir terdiam, terpana tanpa sebarang kata-kata. Tiada langsung air mata yang mengalir di pipinya. Tenang saja. Bukan kerana tidak sedih selepas menerima 'message' dari Dyra petang tadi. Amir menarik nafas panjang dan mengeluh. 

"Mungkin ini keputusan yang terbaik untuk kita, Dyra. Saya hormati keputusan awak. Cuma saya nak awak berjanji dengan saya, bahwa awak akan meneruskan pembelajaran awak. Saya tak mahu awak hilang fokus. Jangan terlampau sosial dengan kehidupan awak kat sana. Janji dengan saya!" Itu kata-kata akhir dari Amir. Hanya itu yang mampu dia ungkapkan kepada Dyra.

-Note from Amir-
Dyra, apa yang aku mampu katakan kat kau, aku cuba ubah sikap aku. Aku tahu sikap aku yang panas baran ni buat kau terburu-buru buat keputusan sebegitu rupa. Dan ada juga salah yang datang dari kau sendiri. Apa yang aku tegur selama ini, harap kau dengar dan ambil sebagai pesanan dari aku. Aku tak harap apa-apa dari kau. Cuma kita masih boleh berkawan. Andai kita ada jodoh lagi, kita akan bersama lagi Tengku Nadyrah. Salam rindu dan terakhir buatmu.


Aku dan Dia (Satu)   |   Aku dan Dia (Dua)   |   Aku dan Dia (Tiga)