Aug 9, 2012

FKWL : Aku dan Dia (Satu)


Apa perasaan bila gadis/jejaka yang kita ingin miliki buat selama-lamanya, bakal menjadi tunangan orang lain? Rasa sakit, pedih bagai menusuk dada *sarcastik*

Amir, seorang jejaka yang sedang berusaha untuk mengumpul wang untuk menyara diri dan keluarganya sedang melakukan kerja yang diberikan oleh majikannya.  Tatkala kerjanya siap, Amir berehat dan menyandarkan diri pada sebuah kerusi di dalam bilik tersebut.  Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan Samsung S3 miliknya. Hasil titik peluh kerjanya.

‘1 message received’

Dibukanya message tersebut.  Riak mukanya berubah.  Bingkas dia bangun dan meminta izin dengan majikannya, mengatakan ada hal penting yang hendak dibicarakan dalam telefon bimbitnya.  Dia cuba menelefon kekasihnya, Dyra.

“Ada sebab saya suruh awak masuk pinang saya secepat mungkin. Ada orang nak pinang saya lepas dia dapat kerja dan duit untuk meminang saya. Kawan saya yang bagitahu. Pasal siapa yang bagitahu tu, tak perlulah awak tahu.” Kata Dyra perlahan.

“Bila lagi awak tahu perkara ni Dyra? Kenapa sekarang baru awak nak bagitahu dekat saya? Dan siapa kawan awak yang bagitahu pasal benda tu? Bagitahu saya.” Balas Amir.

“Maafkan saya, sayang. Orang tu tak bersalah, tak perlulah awak tahu.” Kata Dyra tegas.

Perbualan mereka terhenti setakat itu saja.  Amir menekan butang end call kerana tidak sanggup untuk dengar apa-apa lagi dari Dyra.  Amir sempat menghantar pesanan ringkas kepada Dyra yang mengatakan dia mahu bersendirian untuk sementara waktu. Riak muka Amir terus muram dan sedih.  Apapun kehadiran rakan-rakan dalam hidupnya, telah dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan yang dialaminya.

Sumber : Tumblr
To be continued..

Aku dan Dia (Satu)   |   Aku dan Dia (Dua)   |   Aku dan Dia (Tiga)

No comments: