Love song for this week.
Oct 19, 2011
Oct 18, 2011
FKWL : Selamat Tinggal Perempuan!
“Saya janji, saya akan setia dengan awak.”
Itulah janji yang telah diperkatakan oleh Meera. Kata-kata
manis untuk membuatkan pasangannya percaya terhadapnya. Ramzan hanya tersenyum
dan mengangguk sebagai tanda mengiyakan kata-kata Meera. Hubungan mereka pada
mulanya baik-baik saja. Ramzan mempercayai Meera yang sudah lama dia kenali.
Perwatakan Meera boleh dikatakan menarik kerana dia seorang gadis yang tidak
suka menonjolkan diri dengan kecantikan yang dikurniakan-Nya. Lebih sikap
bersederhana.
Hubungannya dengan Ramzan sudah memasuki 5 tahun. Kalau diikutkan
dalam 5 tahun tersebut, banyak perkara yang telah berlaku. Dugaan yang dialami
oleh mereka, telah berjaya mereka tempuhi. Orang luar sering mengambil kesempatan
ke atas hubungan mereka. Ramzan pula seorang lelaki yang mudah mengiyakan
setiap perkara. Ramzan pernah mengatakan bahawa apa yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Ramzan mempercayai Meera kerana sepanjang 5 tahun mereka bercinta,
Meera tidak pernah membuat masalah dalam hubungan mereka. Ramzan yakin dengan
Meera yang dia cintai.
Namun, pada suatu ketika diri Meera kelihatan berubah.
Ramzan sedar akan perubahan Meera. Mereka berdua jarang berjumpa. Jika berjumpa
pasti Meera akan kurang bercakap dengan Ramzan. Selalunya Meera yang lebih
petah bercakap dan gemar bergurau. Namun kini tidak lagi. Ramzan bertanyakan
kenapa Meera bersikap sedemikian. Adakah disebabkan hati Meera telah berubah?
Namun Meera menafikan perkara tersebut.
Ramzan telah mendapat tawaran belajar di sebuah IPTA di
ibu kota. Mereka berdua berjauhan. Bila mereka berjauhan, perubahan pada Meera
semakin ketara. Beberapa bulan kemudian, Meera telah menghubungi Ramzan.
“Maafkan Meera. Meera rasa hubungan kita dah tak boleh
bertahan lama. Boleh tak Ramzan lepaskan Meera? Lagipun Meera nak tumpukan
perhatian dalam belajar. Boleh kan Ramzan?”
“Tapi kenapa Meera? Apa yang Ramzan dah buat sampai Meera
nak putuskan hubungan ni?”
“Takde apa-apa. Meera cuma nak bersendirian seketika. Meera
nak Ramzan terima keputusan ni.”
“Hmm. Baiklah Meera. Saya akan lepaskan awak. Walaupun saya
tak dapat terima semua ni, saya pasti semua ni ada hikmah di sebalik apa yang
berlaku antara kita.”
Sebulan kemudian, rakan Ramzan mengatakan bahawa kini
Meera sudah bercinta dengan seorang lelaki, di mana Ramzan turut mengenali
lelaki itu. Ramzan bingung. Adakah ini yang menyebabkan Meera ingin putuskan
hubungan dengan dia? Ramzan menggumam. Dia hanya menganggap semua ini dugaan
baginya. Dia sudah melupakan Meera dan tidak akan sesekali menerima Meera
kembali. Kini Ramzan tidak lagi percaya akan kata-kata perempuan.
3 bulan kemudian, Ramzan telah dihubungi oleh Meera. Dia
pelik. Meera mengatakan yang dia ingin kembali bersama Ramzan. Meera meminta
maaf terhadap Ramzan, namun Ramzan mengatakan bahawa semuanya sudah terlambat. Meera
mengatakan bahawa lelaki yang dia percayai baru-baru ini telah menipu dirinya. Meera
telah menuruti segala apa yang diminta oleh lelaki tersebut. Kononnya lelaki
itu dari keluarga susah. Kemudiannya, lelaki tersebut meninggalkan Meera dalam
keadaan terpinga-pinga dan kecewa. Ribuan ringgit telah diberikan kepada lelaki
tersebut.
“Saya takkan terima awak, Meera. Cukuplah sekali saya
percaya kata setia awak tu. Selamat tinggal, perempuan!”
Tamat.
Oct 16, 2011
FKWL : Lukisan Hati
Kertas lukisan itu diselak dengan perlahan-lahan. Setiap muka
surat sudah berconteng dengan karya yang tidak menjadi. Pada muka surat yang
terakhir, masih kosong tanpa apa-apa coretan pensil. Mencapai pensil di hujung
meja. Selerak sungguh mejanya. Dengan perlahan-lahan Azam melakar sesuatu di
atas kertas lukisan tersebut. Diamati dengan penuh khusyuk.
“Apa yang kau cuba lukis ni, Zam?” tanya Aidil. Entah dari
mana datangnya dia.
“Lukisan.” Jawab Azam mudah. Dahi Aidil berkerut seribu. Pelik
dengan perangai Azam.
“Memanglah lukisan, takkan sampah kot.” Aidil menjawab
dengan penuh selamba dan terus beredar dari situ. Azam melihat tajam ke arah
Aidil. Digenggamnya pensil itu.
“Kau budak sastera, apa kau tahu? Cis.” Azam menggumam
seorang diri. Menyambung kembali lakaran di atas kertas lukisan itu.
Azam tekad untuk menyiapkan lukisan itu secepat mungkin. Tinggal
beberapa hari saja lagi untuk dia menyiapkan lukisan tersebut. Proses mewarna
masih belum dilakukan lagi. Showcase akan diadakan di dataran kampus, di mana
semua pelajar seni perlu menghasilkan satu karya untuk menjadi tatapan warga
kampus sempena Hari Terbuka Kampus. Pada mulanya dia endahkan saja task yang
diberikan. Namun disebabkan seseorang yang telah memberi semangat terhadapnya,
Azam tekad untuk menyiapkan lukisan tersebut.
22 Februari 2008 – Hari Terbuka Kampus
Hasil karya dipersembahkan di dataran tersebut. Walaupun ia
hanya showcase, juri tetap ada kerana ingin memilih karya yang benar-benar
terbaik. Diamati setiap lukisan dengan penuh teliti. Ramai yang tertanya
siapakah pemilik lukisan yang berada di hujung sudut showcase itu. Lukisannya berjaya
menarik perhatian orang ramai. Kebanyakan lukisan yang ada lebih bertemakan
abstrak. Tetapi tidak bagi lukisan ini. Ia merupakan potret seorang wanita yang
cantik rupanya. Raut wajahnya kalau diamati dengan teliti, kelihatan seperti
lukisan itu bernyawa. Di bawah permukaan lukisan tersebut, ada satu tandatangan
ringkas. Manakala di belakang lukisan tersebut ada nombor matrik pelajar. Benar,
ia lukisan Tengku Azam Abdullah. Ramai pelajar yang tertanya siapakah beliau. Pensyarah
yang turut ada di showcase tersebut agak terpinga-pinga siapakah Tengku Azam
Abdullah.
Mereka cuba key-in data dengan mengambil no. matrik
pelajar tersebut. Loading. Agak terkejut dengan paparan pada komputer riba
milik salah seorang pensyarah kampus tersebut. Tengku Azam Abdullah merupakan
pelajar dekan Art and Design pada tahun 1995. Bagaimana lukisan tersebut boleh
berada dalam showcase tersebut? Lukisannya masih dalam keadaan baik. Ramai yang
mula membuat andaian sendiri. Ada yang mengatakan bahawa lukisan tersebut
misteri dan berhantu.
Namun datang seseorang dalam kelompok tersebut. Cuba
menjelaskan kebenaran mengenai lukisan tersebut.
“Actually tuan lukisan ni dah meninggal dunia akibat kanser
buah pinggang. 3 tahun dia menderita kerana penyakit tu. Dia sentiasa berada
dalam keadaan stress. Namun ada seseorang telah hadir dalam hidup dia. Sentiasa
memberikan dia semangat untuk terus hidup. Tuan lukisan tu kembali ceria dengan
adanya wanita tersebut. Dia mengabdikan wanita itu dalam lukisannya ini. Insan yang
berada di dalam lukisan ini merupakan wanita yang dia cintai. Sehari selepas
lukisan ini dihasilkan, pemilik lukisan ini meninggal dunia di dalam bilik. Mengenai
bilik mana tu, saya tak tahu,” jelasnya lembut.
“Macam mana awak tahu pasal dia? Lepas tu, apa jadi
dengan wanita dalam lukisan ni? Siapa awak sebenarnya?” tanya seorang pensyarah
yang sangsi dengan cerita tersebut.
“Saya...saya merupakan wanita tersebut.” jawabnya dengan
perlahan.
Oct 15, 2011
Long Distance Relationship's Letter
1234 am.
Morning sayang.
Pada pagi ini, tergerak hati saya untuk menaip email ini
untuk awak. Tika saya menaip surat cinta ini, air mata saya tak berhenti
menitis. Saya cuba tahan, tapi saya tak tahu kenapa terlalu sebak. Sekarang
kita berjauhan, saya tak tahu apa jadi dengan awak dekat sana. Mungkin saya
terlampau rindukan awak. Saya rindu nak tatap wajah awak. Kali terakhir saya
tatap wajah awak, setahun yang lepas kan?
Bila awak nak balik jenguk saya? Awak tak rindukan saya
ke? Mesti awak sibuk dengan study awak, kan? Selalunya awak akan contact saya.
Awak akan tanya mak perihal saya. Sekarang mak cakap awak dah sibuk. Saya
maafkan awak. Awak kan belajar tinggi. Walaupun saya tak dapat pergi jauh macam
awak, tapi saya bersyukur sebab beberapa bulan je lagi saya akan tamat degree.
Alhamdulillah, study saya dekat sini semuanya berjalan dengan baik. Sekarang
saya tengah kumpul duit nak melawat awak dekat sana. Boleh kan?
Saya tak dapat membendung sebak saya. Bila saya rindu
awak, saya selalu dengar lagu Cinta Harus Memiliki. Awak suka lagu tu. Awak
selalu nyanyi untuk saya sebelum tidur. Saya happy sangat bila dapat dengar
suara awak. Sekarang, suara awak terngiang-ngiang di telinga saya. Tiada siapa
yang nyanyikan untuk saya sebelum tidur. Saya rindukan suara awak. Celoteh awak
yang selalu buat saya senyum. Bila saya ada masalah, awak selalu buat kelakar
depan saya. Sampaikan saya dari muka masam, tak dapat tahan ketawa dengar lawak
awak. Seriously, saya rindukan awak sangat.
Nanti bila saya dah cukup duit untuk lawat awak, saya
akan send email untuk awak. Saya akan beritahu awak akan kedatangan saya ke
sana. Awak tunggu saya, taw? Sekarang saya dah pandai masak lauk kegemaran
awak. Saya belajar dengan mak awak. Awak dah janji dengan saya. Awak kata awak
akan makan masakan saya bila saya dah pandai masak lauk kegemaran awak tu. So,
bila saya dah sampai sana nanti, saya masakkan untuk awak. Deal? Hmm. Saya rasa
setakat ni dulu saya menaip surat cinta ini. Ada masa nanti, awak reply-lah
email saya ni. Take care. Make your parents proud with you, dear. Wasalam.
With love,
Si Comot.
Auwww! Kanser Payu Dara!
Hallo reader(s) .
Mesti pembaca agak kurang selesa dengan title entry kali
ni, kan? Dan mungkin sesetengah pembaca, bila tengok title macam ni mesti
lajuuu je nak baca entry ni. 1st of all, ini bukan entry tuuuutt yeah! Beberapa
hari yang lepas merupakan Hari Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Tertengok kat
Wanita Hari Ini mengenai perkara ni. Semua pakat pakai baju pink dalam TV. Kali
ni Arez nak share dengan pembaca mengenai Kanser
Payudara Lelaki.
“Eh, lelaki pun boleh kena jugak ke
penyakit ni? Bukan perempuan je ke?”
“Biar betol kome ni? Don’t play-play
laaa..”
![]() |
| Jenis breast cancer cell . |
Ya, lelaki pun boleh terdedah dengan Kanser Payudara.
Ramai lelaki lebih suka simpan perkara ni, tak suka nak berkongsi dengan
sesiapa. Err, maybe malu kott? Yelaa, selalunya perempuan je yang kena penyakit
ni. Kanser yang melibatkan kaum lelaki lebih sukar dikenalpasti berbanding
perempuan. Walaupun perkara ni masih kecil dalam Malaysia, namun penyakit ni
still boleh membunuh.
Kanser ni boleh dikesan melalui benjolan di belakang
puting payudara yang membengkak. Kalau benjolan tuu masih samar-samar, lebih
baik jika seseorang tu pergi mendapatkan rawatan di hospital. Takkan nak
biarkan je kott? Kalau dah cecah peringkat kritikal iaitu peringkat tiga atau
empat, proses nak menjauhkan diri daripada kanser ni memang sukar. Alamatnya,
tak lama dahlah nak hidup. Sebab penyakit ni still boleh membawa kepada
kematian.
Seseorang tu boleh check sendiri sama ada benjolan atau
tidak pada payudara mereka. Kaedah pemeriksaan sama macam perempuan. Try korang
tanya Pakcik Google cara-cara periksa benjolan tu. Rawatan untuk penyakit ni
still sama macam rawatan ke atas kaum wanita iaitu pembedahan membuang tisu
lemak dan kulit pada payudara tersebut. Lepas pembedahan pesakit akan diberi
rawatan radioterapi.
Rasanya dekat Malaysia ni, dah boleh buat kesedaran
mengenai Kanser Payudara bagi kaum lelaki. Kalau dulu, perempuan je yang
terancam dengan penyakit berbahaya ini. Sekarang lelaki pun boleh terdedah
dengan penyakit ni. Jadi, pembaca lelaki lepas baca entry ni try-lah check.
Lebih baik mencegah pada peringkat awal, kalau tak cegah awal-awal akan
bahayakan diri sendiri. Setakat ni dulu Arez bercerita. Nak pergi check depan
cermin. HAHA.
p/s : rasa semakin chubby laa pipi ni. HAHA
Oct 8, 2011
FKWL : Cinta Aleeya
Sudah genap 6 tahun hubungan cinta mereka, namun mereka terus diduga dengan badai masalah. Pernah juga mereka berbaik tapi tidak sampai beberapa hari pasti akan timbulnya masalah. Pelbagai masalah yang timbul hanya kerana salah faham dan sikap cemburu salah seorang daripada mereka. Aleeya, seorang gadis yang mencintai Ashraf tetapi pasangannya itu kerap cemburu terhadap Aleeya. Ada saja alasan yang diberikan oleh Ashraf jika mereka bergaduh. Begitulah hubungan Aleeya dan Ashraf.
Pada awal hubungan mereka, semuanya berjalan dengan lancar. Namun pada tahun ketiga percintaan mereka, hubungan mula goyah. Ashraf kerap cemburu terhadap Aleeya. Mereka berdua belajar berjauhan. Ashraf di Shah Alam manakala Aleeya belajar di Arau. Mereka dipertemukan ketika berjumpa di satu majlis kebudayaan yang diadakan di kampus Aleeya. Ketika itu, Ashraf merupakan seorang penari kebudayaan telah dijemput untuk membuat persembahan di kampus Aleeya. Selepas tamat persembahan, Ashraf tertarik dengan Aleeya. Dan pada waktu itulah cinta mereka berputik.
Long Distance Relationship. Kata orang, apabila pasangan berjauhan, pelbagai dugaan yang mereka akan hadapi. Dan ketika itulah kita kena bersabar dan saling mempercayai pasangan kita. Namun tidak bagi Ashraf. Dia suka berfikiran negatif terhadap Aleeya. Ini terjadi apabila gambar Aleeya bersama jejaka lain berada di wall Facebook. Ashraf gegas menelefon Aleeya. Namun Aleeya menafikan segala perception Ashraf. Aleeya tidak pernah untuk berlaku curang terhadap Ashraf. Seminggu juga mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Seminggu selepas itu barulah mereka berbaik.
Pada satu hari, Aleeya mendapat panggilan daripada seseorang. Dalam panggilan telefon itu mengatakan bahawa Ashraf cedera parah akibat accident di Shah Alam. Aleeya memberitahu keluarganya yang dia hendak melawat Ashraf di sana. Keluarganya mengizinkan Aleeya untuk melawat Ashraf. Dalam perjalanan ke sana, Aleeya tidak berhenti menangis. Sayu hatinya. Dia takut akan kehilangan kekasihnya. Setibanya Aleeya di hospital, dia melihat Ashraf kelihatan lemah di dalam wad. Kelihatan ahli keluarga Ashraf bersamanya. Aleeya mendekati Ahsraf yang masih tidak menyedarkan diri. Keluarga Ashraf keluar dari wad meninggalkan Aleeya bersama Ashraf.
Pada awal hubungan mereka, semuanya berjalan dengan lancar. Namun pada tahun ketiga percintaan mereka, hubungan mula goyah. Ashraf kerap cemburu terhadap Aleeya. Mereka berdua belajar berjauhan. Ashraf di Shah Alam manakala Aleeya belajar di Arau. Mereka dipertemukan ketika berjumpa di satu majlis kebudayaan yang diadakan di kampus Aleeya. Ketika itu, Ashraf merupakan seorang penari kebudayaan telah dijemput untuk membuat persembahan di kampus Aleeya. Selepas tamat persembahan, Ashraf tertarik dengan Aleeya. Dan pada waktu itulah cinta mereka berputik.
Long Distance Relationship. Kata orang, apabila pasangan berjauhan, pelbagai dugaan yang mereka akan hadapi. Dan ketika itulah kita kena bersabar dan saling mempercayai pasangan kita. Namun tidak bagi Ashraf. Dia suka berfikiran negatif terhadap Aleeya. Ini terjadi apabila gambar Aleeya bersama jejaka lain berada di wall Facebook. Ashraf gegas menelefon Aleeya. Namun Aleeya menafikan segala perception Ashraf. Aleeya tidak pernah untuk berlaku curang terhadap Ashraf. Seminggu juga mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Seminggu selepas itu barulah mereka berbaik.
Pada satu hari, Aleeya mendapat panggilan daripada seseorang. Dalam panggilan telefon itu mengatakan bahawa Ashraf cedera parah akibat accident di Shah Alam. Aleeya memberitahu keluarganya yang dia hendak melawat Ashraf di sana. Keluarganya mengizinkan Aleeya untuk melawat Ashraf. Dalam perjalanan ke sana, Aleeya tidak berhenti menangis. Sayu hatinya. Dia takut akan kehilangan kekasihnya. Setibanya Aleeya di hospital, dia melihat Ashraf kelihatan lemah di dalam wad. Kelihatan ahli keluarga Ashraf bersamanya. Aleeya mendekati Ahsraf yang masih tidak menyedarkan diri. Keluarga Ashraf keluar dari wad meninggalkan Aleeya bersama Ashraf.
"....Ashraf. Leeya dah datang ni. Bangunlah Ahsraf. Saya datang nak tengok awak." Namun tiada tindak balas daripada Ahsraf.
"Awak...jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak...," Aleeya menangis teresak-esak. Tidak mampu menahan sebaknya.
Aleeya menemani Ashraf untuk beberapa hari di wad tersebut. Dia sanggup menemani Ashraf walaupun sudah beberapa kali emak Ashraf menasihatinya supaya berehat. Badan Aleeya kelihatan lemah. 3 minggu selepas itu, Ashraf telah menyedarkan diri. Doktor mengatakan bahawa dia sudah boleh pulang ke rumah dan perlu berehat untuk beberapa bulan kerana struktur tulang masih belum pulih sebaiknya. Ashraf terharu dengan pengorbanan Aleeya sepanjang dia dirawat di hospital. Ashraf meminta maaf terhadap Aleeya dengan apa yang telah terjadi sepanjang hubungan mereka. Aleeya memaafkan Ashraf. Keluarga mereka merestui hubungan mereka berdua. Selepas mereka berdua tamat degree, mereka berdua berkahwin. Usia perkahwinan mereka sudah memasuki tahun kelima dan kini sudah mempunyai 2 orang anak yang comel.
-Tamat-
Oct 6, 2011
FKWL : Pemergian Kasihku
"Awak. Awak ada kat mana sekarang ni? Saya tunggu awak."
Menunggu. Setiap masa dia menunggu. Namun kelibat suaminya masih belum muncul. Suaminya sudah berjanji untuk pulang awal dari tempat kerja. Isterinya ada kejutan untuk suaminya. Namun Maisarah tidak pernah merasa erti penat dan bosan menunggu sang arjuna-nya. Tidak pernah sesekali merasakan begitu. Tengku Fahrul berjanji yang dia akan pulang ke rumah untuk mengetahui kejutan daripada Maisarah. Sang isteri masih menunggu dan terus menunggu di anjung rumahnya. Tidak sabar untuk memberitahu kejutan kepada Tengku Fahrul.
14 April 2002
Hari sudah gelap. Hujan rintik - rintik. Seakan-akan memahami jiwa Maisarah ketika itu. Tiba-tiba daun pintunya berbunyi. Diketuk oleh seseorang. Maisarah mengesat air matanya. Perlahan-lahan menguatkan diri menuju ke arah pintu rumahnya. Ketukan sayup-sayup kedengaran. Dia kemudiannya membuka selak pintu. Kelihatan tubuh badan seseorang yang sedang menggigil kerana kebasahan. Memeluk tubuh yang kesejukan. Tengku Fahrul berada di depannya. Lantas Maisarah terus memeluk suaminya seerat-eratnya. Namun tiada tindak balas daripada Fahrul. Maisarah melepaskan pelukan beliau.
"Abang duduk dulu ya? Mai nak ambilkan tuala untuk abang".
Suaminya hanya menangguk perlahan yang kemudiannya memeluk tubuh kesejukan. Setelah mendapatkan tuala untuk Fahrul, dia membancuh air cokelat panas untuk suaminya yang tercinta. Fahrul minum perlahan-lahan dan tersenyum pada Maisarah.
"Abang pergi mana tadi?," kata Maisarah lembut.
"Sayang ada kejutan untuk abang tau.."
Azan Maghrib sudah berkumandang di televisyen. Fahrul hanya mendiamkan diri dan kemudiannya bangun dari sofa. Dia menunjukkan isyarat takbiratul ihram. Maisarah hanya membiarkan suaminya menuju bilik tidur keseorangan. Dalam fikiran Maisarah, suaminya ingin menunaikan solat Maghrib. Selepas setengah jam menunggu, Fahrul masih tidak keluar dari bilik. Maisarah pergi mendapatkan Fahrul. Alangkah terkejutnya dia melihat suaminya tiada di dalam bilik. Mustahil dia keluar melalui tingkap kerana masih tertutup rapat. Cuba mencari di dalam bilik mandi kerana Fahrul sering menyorok dengan tujuan bergurau dengan Maisarah. Namun tiada juga.
Maisarah memanggil nama Fahrul berulang kali namun tidak bersahut. Dia mencari-cari di ruang tamu tempat dia menjamu Fahrul dengan air cokelat panas sebentar tadi. Namun tiada juga. Televisyen masih terbuka. Maisarah termenung di hadapan televisyen.
"Seorang mangsa yang dikenali sebagai Tengku Fahrul Tengku Ahmad telah terbunuh di Jalan Persiaran 15 akibat ditempuhi lori. Suspek dikatakan tidak memberi signal untuk memasuki simpang tidak perasan akan motosikal yang ditunggangi oleh mangsa yang berada di sebelah kiri lori tersebut. Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, telah tercampak sejauh 2 meter dan meninggal di tempat kejadian."
Maisarah terkejut apabila mendengar berita tersebut. Air matanya mengalir laju, tidak mampu menahan sedihnya. Dia ditemui pengsan oleh jiran sebelah pada keesokan paginya. Alhamdulillah kandungan Maisarah tidak terjejas. Namun Maisarah sedih kerana tidak sempat menunjukkan gambar scan-baby kepada Fahrul. Dia ingin mengatakan pada Fahrul bahawa dia sudah disahkan mengandung. Tapi...Fahrul sudah tiada. 10 tahun berlalu tanpa kehadiran suami tercinta. Anaknya, Tengku Asyraf membesar tanpa kasih sayang ayahnya. Maisarah tekad membesarkan Asyraf dengan tabah dan kuat menghadapi ketentuan Ilahi. Kenangan bersama arwah tidak akan sesekali dilupakan. Al-Fatihah.
-Tamat-
FKWL : Jangan Harap!
“Kau cerminlah diri kau tu dulu. Nak
bercinta dengan aku? Jangan harap!”
Tidak pernah dia mendapat layanan seperti itu. Inilah
kali pertama Azam mendapat layanan yang begitu hina. Ya. Kerana dia dimalukan
di hadapan orang ramai. Kata-kata gadis tersebut amat menyakiti hatinya. Azam
meluahkan perasaannya terhadap seorang gadis yang sudah lama dia minati. Mira,
iaitu gadis yang cuba Azam tawan hatinya. Azam meluahkan perasaannya pada Mira
namun dia telah dimalukan oleh gadis tersebut di hadapan orang ramai. Mungkin
salah Azam yang begitu berani sekali meluahkan isi hatinya pada Mira. Tidak
mengapa katanya.
Azam pulang dengan perasaan malu dan hampa. Cuba berfikir
mengenai apa yang dikatakan oleh Mira pada petang tadi. Mira merupakan seorang
gadis yang mempunyai rupa yang cantik dan menjadi kegilaan orang ramai di
kolej. Azam tergilakan Mira bukan kerana rupa paras, tapi cuba untuk mengenali
hatinya. Entah mengapa si Mira juga yang dia pilih, padahal ramai lagi gadis
yang lagi baik dari Mira. Azam bingung dengan dirinya. Tidak dapat melupakan
Mira. Mungkin cinta Azam ditolak kerana dia tidak kacak seperti orang lain.
Azam termenung.
Setahun kemudian, Azam berjaya menempatkan namanya dalam
senarai Dean List. Dengan pointer-nya yang cukup tinggi. Banyak perubahan pada
diri Azam. Lebih mesra dengan orang lain. Pada suatu hari, Mira telah berjumpa
dengan Azam secara personal. Dalam perjumpaan itu, Mira telah meminta maaf pada
Azam mengenai tindakannya menolak cinta Azam. Mencemuh Azam di hadapan orang
ramai. Mira meluahkan isi hatinya pada Azam. Katanya dia ingin menjadi kekasih
Azam. Namun, Azam tidak lagi seperti dahulu. Azam meminta maaf dan berkata
bahawa hati dia sudah dimiliki. Seorang gadis yang cukup baik dan memahami diri
Azam. Gadis yang bertakhta di hati Azam telah mengubah Azam menjadi seorang
yang berfikiran ke hadapan. Gadis tersebut mengajar Azam dalam matapelajaran
yang Azam lemah.
Kini sudah terlambat bagi Mira. Akibat dari perbuatannya
pada tahun lepas telah memalukan dirinya kembali. Memandang rendah terhadap
seorang lelaki yang cuba memiliki hatinya. Setelah si jejaka tersebut berubah,
kini dia terhegeh-hegeh mengejar lelaki tersebut. Sudah terlambat. Janganlah
memandang rendah pada orang yang cuba meluahkan perasaannya hanya disebabkan
pada rupa paras, darjat dan pengetahuan. Tapi seorang insan berhak untuk
memilih yang terbaik dalam hidupnya. Sekian.
p/s : ayat berbelit - belit . hampeh .
Oct 3, 2011
FKWL : Akhir Penantian Ini
Azam merebahkan badannya ke atas katil. Mengelamun keseorangan.
Teringat akan kata-kata kekasihnya petang tadi. Kata-kata yang telah membuatkan
Azam menjadi tidak tentu hala. Qalisya dan Azam telah berjumpa untuk
membincangkan mengenai hubungan mereka yang kelihatan agak goyah setelah
beberapa tahun bercinta. Dalam perjumpaan
tersebut, Azam telah bertanyakan soalan terhadap Qalisya.
“Sya, saya harap awak jawab dengan penuh ikhlas dan jujur
dengan saya. Adakah awak masih menunggu dia?”
“Hmm. Berat hati saya nak luahkan. Tapi saya kena jujur
dengan awak. Ya, saya masih menunggu dia. Maafkan saya, Azam.”
“Tapi kenapa? Awak dah tahu kan yang dia pun dah
berpunya. Kenapa awak setia sangat tunggu dia? Awak tak boleh lupakan dia
langsung ke?”
“Saya tak tahu. Saya dah cuba lupakan dia. Slow-slow saya
cuba lupakan. Saya tahu saya dah ada awak. Tapi maafkan saya, Azam.”
Perkataan maaf Qalisya masih terngiang-ngiang di
gegendang Azam. Tidak senang dibuatnya. Selepas pertemuannya dengan Qalisya,
dia mula menjadi dingin dalam hubungan itu. Apabila berjumpa, pandang pun tidak
apatah lagi bertegur sapa. Azam cuba bertahan. Cuba menjadi seorang yang matang
dalam memikirkan apa yang perlu dilakukan. Namun hubungan mereka terus dingin. Tidak
dinafikan perasaan Qalisya sudah berbelah bagi. Perasaan sayangnya terhadap
Adam, lelaki yang dia kenali sejak 5 tahun yang lepas tidak pernah luntur
walaupun sudah mengetahui Adam sudah berpunya. Manakala perasaan cinta terhadap
Azam pula tidak boleh dinafikan. Qalisya sayang kedua-duanya.
3 tahun berlalu..
Azam masih setia menanti cinta sejatinya. Pada suatu
hari, Adam telah berjumpa dengan Qalisya. Adam akhirnya meluahkan perasaan
sayangnya terhadap Qalisya. Dia juga selama ini menyimpan perasaan terhadap Qalisya.
Hati Qalisya gembira namun ia hanya sementara sahaja. Dia teringatkan Azam yang
setia menantinya. Dia cuba untuk berjumpa dengan Azam kembali. Takut juga dia
hendak memberitahu perkara tersebut. Namun digagahi juga.
“Baguslah. Dia pun dah luahkan perasaan dia dekat awak. Mesti
awak gembira, kan? Saya dah agak perkara macam ini pasti akan berlaku juga. Dan
pada hari ini, ia berlaku. Awak tahu kan saya dah lama menunggu awak? Saya layan
kerenah awak. Saya tak pernah merungut dekat awak pun. Saya tak berjaya nak
lenyapkan perasaan sayang dan cinta saya terhadap awak, Qalisya. Tapi mungkin
ini kesudahannya dalam hubungan kita. Awak pun dah lama menunggu dia. Sama-sama
suka. Mungkin...dah sampai masanya untuk saya beredar dari kisah ini. Saya harap
awak bahagia bersama Adam. Terima kasih untuk segala-galanya. Saya akan
merindui awak. Terima kasih, Qalisya.” Azam kemudiannya beredar dari tempat
pertemuan itu.
Qalisya tidak dapat menahan air matanya dan terus
membiarkan ia mengalir. Itulah kali terakhir Qalisya bertemu Azam. Sejak itu,
dia tidak lagi mendengar khabar berita dari Azam. Setiap kali cuba menelefon
Azam, pasti operator yang akan menjawab panggilannya. Dan akhirnya dia dapat
mengetahui daripada kawan Azam bahawa kekasih hatinya itu sudah ‘tiada’ akibat barah paru-paru.
-Tamat-
Oct 2, 2011
Panas : Perempuan Reject Lelaki
Selamat petang reader(s) .
Selamat datang Oktober! Semoga bulan ni tuan blog dilimpahi dengan rezeki dan keredhaan dari-Nya. Amin. Baiklah, apa cerita korang semua dalam bulan ni? Ada apa-apa plan ke? Cuti kan dah nak start. Family Arez dah plan nak pergi Cinta Sayang di Sungai Petani. Actually tak pernah pergi lagi kat tempat tuu. Katanya best, tak tahulah sebab hari biasa pun penuh dengan tempahan bilik. Woahh!
Semalam Arez ada ketengah satu topik mengenai masalah cinta yang berlaku dalam sesebuah hubungan. Actually just RT je semalam dan post kat Facebook. Ramai yang like dan komen-komen. Nanti sesiapa yang nak sambung komen, komen kat entry ini. Okay? Sebelum tuu jumm tengok antara komen-komen dari kawan-kawan Arez :
Selamat datang Oktober! Semoga bulan ni tuan blog dilimpahi dengan rezeki dan keredhaan dari-Nya. Amin. Baiklah, apa cerita korang semua dalam bulan ni? Ada apa-apa plan ke? Cuti kan dah nak start. Family Arez dah plan nak pergi Cinta Sayang di Sungai Petani. Actually tak pernah pergi lagi kat tempat tuu. Katanya best, tak tahulah sebab hari biasa pun penuh dengan tempahan bilik. Woahh!
Semalam Arez ada ketengah satu topik mengenai masalah cinta yang berlaku dalam sesebuah hubungan. Actually just RT je semalam dan post kat Facebook. Ramai yang like dan komen-komen. Nanti sesiapa yang nak sambung komen, komen kat entry ini. Okay? Sebelum tuu jumm tengok antara komen-komen dari kawan-kawan Arez :
Kalau ada apa-apa pendapat, sumbangkan-lah dengan sebaik-baiknya.
Nantikan topik hangat yang lain yeahh!
Subscribe to:
Posts (Atom)







