Oct 6, 2011

FKWL : Pemergian Kasihku

"Awak. Awak ada kat mana sekarang ni? Saya tunggu awak."

Menunggu. Setiap masa dia menunggu. Namun kelibat suaminya masih belum muncul. Suaminya sudah berjanji untuk pulang awal dari tempat kerja. Isterinya ada kejutan untuk suaminya. Namun Maisarah tidak pernah merasa erti penat dan bosan menunggu sang arjuna-nya. Tidak pernah sesekali merasakan begitu. Tengku Fahrul berjanji yang dia akan pulang ke rumah untuk mengetahui kejutan daripada Maisarah. Sang isteri masih menunggu dan terus menunggu di anjung rumahnya. Tidak sabar untuk memberitahu kejutan kepada Tengku Fahrul.


14 April 2002
Hari sudah gelap. Hujan rintik - rintik. Seakan-akan memahami jiwa Maisarah ketika itu. Tiba-tiba daun pintunya berbunyi. Diketuk oleh seseorang. Maisarah mengesat air matanya. Perlahan-lahan menguatkan diri menuju ke arah pintu rumahnya. Ketukan sayup-sayup kedengaran. Dia kemudiannya membuka selak pintu. Kelihatan tubuh badan seseorang yang sedang menggigil kerana kebasahan. Memeluk tubuh yang kesejukan. Tengku Fahrul berada di depannya. Lantas Maisarah terus memeluk suaminya seerat-eratnya. Namun tiada tindak balas daripada Fahrul. Maisarah melepaskan pelukan beliau.

"Abang duduk dulu ya? Mai nak ambilkan tuala untuk abang". 

Suaminya hanya menangguk perlahan yang kemudiannya memeluk tubuh kesejukan. Setelah mendapatkan tuala untuk Fahrul, dia membancuh air cokelat panas untuk suaminya yang tercinta. Fahrul minum perlahan-lahan dan tersenyum pada Maisarah. 

"Abang pergi mana tadi?," kata Maisarah lembut. 
"Sayang ada kejutan untuk abang tau.."

Azan Maghrib sudah berkumandang di televisyen. Fahrul hanya mendiamkan diri dan kemudiannya bangun dari sofa. Dia menunjukkan isyarat takbiratul ihram. Maisarah hanya membiarkan suaminya menuju bilik tidur keseorangan. Dalam fikiran Maisarah, suaminya ingin menunaikan solat Maghrib. Selepas setengah jam menunggu, Fahrul masih tidak keluar dari bilik. Maisarah pergi mendapatkan Fahrul. Alangkah terkejutnya dia melihat suaminya tiada di dalam bilik. Mustahil dia keluar melalui tingkap kerana masih tertutup rapat. Cuba mencari di dalam bilik mandi kerana Fahrul sering menyorok dengan tujuan bergurau dengan Maisarah. Namun tiada juga. 

Maisarah memanggil nama Fahrul berulang kali namun tidak bersahut. Dia mencari-cari di ruang tamu tempat dia menjamu Fahrul dengan air cokelat panas sebentar tadi. Namun tiada juga. Televisyen masih terbuka. Maisarah termenung di hadapan televisyen. 

"Seorang mangsa yang dikenali sebagai Tengku Fahrul Tengku Ahmad telah terbunuh di Jalan Persiaran 15 akibat ditempuhi lori. Suspek dikatakan tidak memberi signal untuk memasuki simpang tidak perasan akan motosikal yang ditunggangi oleh mangsa yang berada di sebelah kiri lori tersebut. Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, telah tercampak sejauh 2 meter dan meninggal di tempat kejadian."

Maisarah terkejut apabila mendengar berita tersebut. Air matanya mengalir laju, tidak mampu menahan sedihnya. Dia ditemui pengsan oleh jiran sebelah pada keesokan paginya. Alhamdulillah kandungan Maisarah tidak terjejas. Namun Maisarah sedih kerana tidak sempat menunjukkan gambar scan-baby kepada Fahrul. Dia ingin mengatakan pada Fahrul bahawa dia sudah disahkan mengandung. Tapi...Fahrul sudah tiada. 10 tahun berlalu tanpa kehadiran suami tercinta. Anaknya, Tengku Asyraf membesar tanpa kasih sayang ayahnya. Maisarah tekad membesarkan Asyraf dengan tabah dan kuat menghadapi ketentuan Ilahi. Kenangan bersama arwah tidak akan sesekali dilupakan. Al-Fatihah.

-Tamat-