Oct 8, 2011

FKWL : Cinta Aleeya

Sudah genap 6 tahun hubungan cinta mereka, namun mereka terus diduga dengan badai masalah. Pernah juga mereka berbaik tapi tidak sampai beberapa hari pasti akan timbulnya masalah. Pelbagai masalah yang timbul hanya kerana salah faham dan sikap cemburu salah seorang daripada mereka. Aleeya, seorang gadis yang mencintai Ashraf  tetapi pasangannya itu kerap cemburu terhadap Aleeya. Ada saja alasan yang diberikan oleh Ashraf jika mereka bergaduh. Begitulah hubungan Aleeya dan Ashraf.

Pada awal hubungan mereka, semuanya berjalan dengan lancar. Namun pada tahun ketiga percintaan mereka, hubungan mula goyah. Ashraf kerap cemburu terhadap Aleeya. Mereka berdua belajar berjauhan. Ashraf di Shah Alam manakala Aleeya belajar di Arau. Mereka dipertemukan ketika berjumpa di satu majlis kebudayaan yang diadakan di kampus Aleeya. Ketika itu, Ashraf merupakan seorang penari kebudayaan telah dijemput untuk membuat persembahan di kampus Aleeya. Selepas tamat persembahan, Ashraf tertarik dengan Aleeya. Dan pada waktu itulah cinta mereka berputik.

Long Distance Relationship. Kata orang, apabila pasangan berjauhan, pelbagai dugaan yang mereka akan hadapi. Dan ketika itulah kita kena bersabar dan saling mempercayai pasangan kita. Namun tidak bagi Ashraf. Dia suka berfikiran negatif terhadap Aleeya. Ini terjadi apabila gambar Aleeya bersama jejaka lain berada di wall Facebook. Ashraf gegas menelefon Aleeya. Namun Aleeya menafikan segala perception Ashraf. Aleeya tidak pernah untuk berlaku curang terhadap Ashraf. Seminggu juga mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Seminggu selepas itu barulah mereka berbaik.

Pada satu hari, Aleeya mendapat panggilan daripada seseorang. Dalam panggilan telefon itu mengatakan bahawa Ashraf cedera parah akibat accident di Shah Alam. Aleeya memberitahu keluarganya yang dia hendak melawat Ashraf di sana. Keluarganya mengizinkan Aleeya untuk melawat Ashraf. Dalam perjalanan ke sana, Aleeya tidak berhenti menangis. Sayu hatinya. Dia takut akan kehilangan kekasihnya. Setibanya Aleeya di hospital, dia melihat Ashraf kelihatan lemah di dalam wad. Kelihatan ahli keluarga Ashraf bersamanya. Aleeya mendekati Ahsraf yang masih tidak menyedarkan diri. Keluarga Ashraf keluar dari wad meninggalkan Aleeya bersama Ashraf.

"....Ashraf. Leeya dah datang ni. Bangunlah Ahsraf. Saya datang nak tengok awak." Namun tiada tindak balas daripada Ahsraf. 
"Awak...jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak...," Aleeya menangis teresak-esak. Tidak mampu menahan sebaknya.


Aleeya menemani Ashraf untuk beberapa hari di wad tersebut. Dia sanggup menemani Ashraf walaupun sudah beberapa kali emak Ashraf menasihatinya supaya berehat. Badan Aleeya kelihatan lemah. 3 minggu selepas itu, Ashraf telah menyedarkan diri. Doktor mengatakan bahawa dia sudah boleh pulang ke rumah dan perlu berehat untuk beberapa bulan kerana struktur tulang masih belum pulih sebaiknya. Ashraf terharu dengan pengorbanan Aleeya sepanjang dia dirawat di hospital. Ashraf meminta maaf terhadap Aleeya dengan apa yang telah terjadi sepanjang hubungan mereka. Aleeya memaafkan Ashraf. Keluarga mereka merestui hubungan mereka berdua. Selepas mereka berdua tamat degree, mereka berdua berkahwin. Usia perkahwinan mereka sudah memasuki tahun kelima dan kini sudah mempunyai 2 orang anak yang comel.

-Tamat-

No comments: