Sep 30, 2011

Perbezaan Blog Personal dan Blog Public


Selamat pagi reader(s) .

Alhamdulillah, tuan blog baru aje habis final exam. Tapi tak boleh nak relax sangat sebab result entah macam mana nanti. HAHA. Sekarang dah nak cuti, so mula-lah nak mem-busy-kan diri dengan blog buruk ini. Bila jenguk blog ni, banyak entry Musim Bunga. Kalau tak faham apa musim bunga kat blog HAMS ni, sila beredar tanpa berfikir panjang. HEHE. Kali ni nak share perihal blog pulak. Apa perbezaan Blog Personal dan Blog Public?

Apa itu Blog Personal?
Baiklah. Blog personal ni lebih kepada diari harian penulis/pemilik blog tersebut. Dalam blog dia tu banyak bercerita mengenai kisah hidup, cinta dan lain-lain lagi. Kadang-kadang naik geli baca blog mereka. HAHA. Bukan naik geli aje, bila baca lama-lama rasa menyampah pun ada. Tapi andai kisah di blog mereka tu boleh dikategorikan sebagai ‘awesome’, tak kisahlah kalau kerap baca pun. Ada juga blog personal yang mempersoalkan pasal politik dan dunia. Dan jangan lupa bahawa sesetengah dari mereka ni, menggunakan blog untuk menyampaikan berita buruk mengenai orang lain. Ishh-ishh! Ada je blog personal yang bagus penulisnya.

Takde kena mengena.

Apa itu Blog Public?
Blog ni lebih open untuk bacaan umum. Kepada reader(s) yang suka baca pasal artis, ada blog tu cerita pasal artis je. Kalau pasal bola, blog tu cerita pasal bola je. Blog yang jenis macam ni lebih terbuka untuk rakyat yang suka membaca. Tak kisahlah pasal apa pun. Sekarang ni, blog dah makin popular. Kalau dah popular tu, pegi mana-mana je mesti ada orang tegur. Sekarang ni blogger dah macam artis! Serius! Ada sesetengah akhbar dan majalah terkemuka panggil blogger untuk sesi fotografer dan temu ramah. Blog mereka ni lebih seronok untuk dibaca oleh para pembaca. Mehh! Saya nak suggest-kan beberapa blog yang best untuk menjadi santapan :


Setakat itu je yang Arez mampu share mengenai cerita ni. Sebenarnya, ini cuma pandangan tuan blog. Kalau ada sesiapa yang tak setuju atau terasa tu, ribuan maaf saya ucapkan. Saya pun bukanlah blogger yang bertaraf professional. Entry ni sekadar menjadi perkongsian untuk pembaca/blogger(s). Kita jumpa lagi dalam next entry, okay? Take care reader(s)!

Sep 26, 2011

Apa Itu Holga?

Morning reader(s) .

Apa itu Holga? mesti di antara korang semua tertanya-tanya kenapa title blog ni "Holga and My Story" a.k.a HAMS. Kalau di antara korang yang dah tahu tuu, duduk senyap-senyap dan teruskan baca info mengenai Holga. Mehh dengar saya ber-cherita mengenai Holga, yeah!

Holga ni merupakan salah satu kamera yang low construction-nya dan teramatlah ringkas bentuknya. Benda alah ni ada blur, vignetting (kalau dekat Photoscape ada nama ni), light leaks dan sekian sekian. Dan kalau nak tahu, gambar yang dihasilkan oleh Holga pernah diberikan anugerah dan menang dalam beberapa pertandingan sebab kalau korang tengok hasil gambar tuu memang agak unik. Lain daripada yang lain. Benda alah ini telah direka oleh seorang manusia yang bernama T. M. Lee pada tahun 1981 dan mula dipasarkan di luar China pada tahun 1982.

Ishh korang suka sangat ke baca sejarah pasal benda alah ni? Mesti bosan, kan? HAHA kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Holga, baca terus kat Pakcik Wiki. Malas nak olah balik benda yang dia cakap ni. Jumm usha beberapa hasil yang dihasilkan oleh Holga :







Arez pernah terniat nak beli Holga. Tak silap saya, kat pasaran Malaysia ada benda alah ni. Tapi tangan ke tangan-lah. Faham tak? Maksud Arez, kalau nak beli kamera ni kena try tanya orang yang memiliki kamera ni melalui Google, Ebay ataupun Mudah.my. Harga dalam RM400 ke atas. Bagi Arez, kalau nak guna kamera ni untuk suka-suka tuu bolehlah. Kalau dah ada DSLR pun, boleh aje nak edit macam gambar kat atas ni. Guna Photoscape pun boleh aje. Tapi kena banyak buat esperimentasi-lah sikit. Ouh! Lupa nak bagitahu kenapa saya pilih "Holga and My Story". Saya pilih nama tuu sebab rasa unik bila tengok gambar yang dihasilkan oleh kamera Holga ni. Kalau di-translate-kan ke Bahasa Melayu, "Kamera Holga dan Cerita Saya". HAHA pelik betul nama tu! Jumpa lagi yeahh!


Sep 24, 2011

Siapa Amanna Rezal?

Hai reader(s) kesayangan .

Mesti korang tertanya-tanya, siapa pula si Amanna Rezal ni kan? Kalau reader(s) tengok pada belah kiri blog ini ada pasal Siapa Ainan Tasneem. Kali ini pula perihal Siapa Amanna Rezal. Baiklah. Mungkin si dia ni dah lama popular, dan Arez lambat tahu mengenai dia. Ingatkan si Ainan Tasneem tu aje yang popular dekat YouTube. Rupanya si dia ni YouTubers jugak! Lebih-lebih pulak tuan blog ni.



Amanna Rezal ini seorang YouTubers yang minat menyanyi dan menulis lagu. Suara dia – not bad-lah. Apa yang saya tahu serba sedikit mengenai dia, dia belajar di Universiti Teknologi PETRONAS. Dan apa yang Arez terkejut mengenai Amanna Rezal, dia dilahirkan pada tahun 1994! Wahh! Muka matured, ingatkan lebih tua daripada Arez. Dalam banyak lagu yang dia ada, Arez suka lagu Brightsmile. Music video dia pun – awesome! Apapun jumm usha beberapa music video yang dihasilkan oleh beliau :




Blog | Facebook | Facebook Fanpage | Twitter Amanna Rezal

p/s : perlu ke saya buat pasal MatLuthfi & Anwar Hadi pulak? HAHA

Kenangan Sebagai Orang Besar


Hai reader(s) .

Petang tadi tuan blog pergi ke Jamuan Raya JPK bersama Puan Shida. Jamuan tersebut dilakukan di rumah beliau sendiri. Semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kuala Terengganu dijemput hadir ke majlis tersebut. Turut sama beberapa MPP UiTM Kuala Terengganu turut hadir dalam majlis tersebut. Bila datang aje majlis tu, makanan dah hampir habis. Tapi apa yang Arez tahu, Arez makan banyak tadi. Dan ini semester akhir Arez menjawat jawatan ini di kampus ini. Sedih pulak nak tinggalkan UiTM Kuala Terengganu. Banyak kenangan. Enough. Jumm usha beberapa gambar dari lensa mahal tuan blog :

 
Yang men-dagu tu, Syiela-O-Lalalalala. HAHA




 




p/s : i'm done .

Pemergian Rinduku

Ya. Memang aku seorang hamba Allah yang lemah. Tapi setiap masalah yang aku hadapi, aku cuba untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat. Aku seorang lelaki. Mungkin orang dekat luar sana akan nampak aku bodoh kalau mengalirkan air mata. Semua ego. Perasan diri tuu bagus sangat. Bagus-lah.


Sekarang aku cuba membawa diri yang lara ini. Jauh dari orang yang aku sayang. Biarlah dia hendak merindui aku atau tidak. Itu hak dia sebagai seorang wanita. Dengan siapa dia nak bahagia. Itu hak dia. Aku tak berhak untuk buat keputusan bagi pihak dia. Memang aku tunggu kau. Dan aku tahu kau tunggu si dia. Memang payah nak lupakan orang yang kau sayang. Tapi andai kau betul-betul sayangkan dia, kau tunggulah. Mana-lah tahu kau akan bersama dia selama-lamanya. Mungkin.

"Cinta bukan milik kita. Mungkin."

Sep 23, 2011

Saya Janji


Sumber Pakcik Google.

“Lepas ni, awak jangan tinggalkan saya tau. Saya nak awak sentiasa ada dengan saya. Janji?”

Janji. Ya, janji antara dia dan Maisarah. Kerana janji itu, Adam bertekad untuk menjaga Maisarah sebaik-baiknya. Selagi Adam mampu dan bernyawa, selagi itu Adam akan menjaga Maisarah. Sayangnya terhadap Maisarah tak pernah luntur walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkaui  10 tahun. Hasil dari perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan seorang anak. Comel mata Maya, seiras macam emaknya. Gembira ayahnya hingga mengalirkan air mata ketika menyambut kelahiran Maya di hospital pada 2 tahun lepas. Syukur.

Semalam, Maisarah mengadu sakit kepala dan tiba-tiba jatuh pengsan. Mujurlah semalam hari minggu dan Adam berada di rumah. Adam segera membawa Maisarah ke hospital. Risau si suami menunggu di luar wad. Bukan apa, kebelakangan ini Maisarah kerap sakit kepala. Sehingga badan Maisarah susut kerana risau tentang kesihatan dirinya. Apabila Adam bertanyakan mengenai kesihatan Maisarah, dia mengatakan bahawa dirinya baik-baik sahaja.

“Encik Adam?”

Namanya dipanggil perlahan. Lantas dia bangun dan menuju ke bilik doktor. Duduk perlahan-lahan di hadapan doktor tersebut. Doktor itu memberitahu kepada Adam bahawa isterinya menghidapi barah otak tahap kritikal. Adam terkedu mendengar khabar itu. Air matanya mengalir perlahan di pipinya. Badannya tidak bermaya. Dia cuba menuturkan soalan. Perlahan-lahan dia bertanyakan apakah cara untuk menyelamatkan isterinya. Doktor menggelengkan kepala dan meminta maaf kepada Adam. Doktor mengatakan bahawa Maisarah mempunyai tempoh 2 bulan lagi untuk hidup. Adam tidak dapat menahan air mata yang terus mengalir laju di pipinya.

Selepas membawa pulang Maisarah ke rumah, Adam terus mengambil wuduk dan melakukan solat hajat. Dia berdoa semoga Allah memberikannya kekuatan untuk terus menjaga Maisarah. Air matanya bercucuran jatuh. Adam tidak mampu tidur lena kerana terlampau memikirkan tentang khabar berita yang disampaikan oleh doktor tersebut. Adam sanggup berhenti kerja demi menjaga Maisarah dan Maya. Mujurlah syarikat memahami apa yang dihadapi oleh Adam. Sepanjang masa Adam menjaga makan dan minum Maisarah. Maisarah tahu mengenai dirinya yang sedang menghidapi barah. Isterinya juga risau dengan perubahan Adam. Selesai solat Isyak berjemaah, Maisarah bersalaman dengan Adam.

“Abang, Mai minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Mai menjadi isteri abang. Halalkan makan dan minum Mai, abang. Mai minta maaf. Mai pun tak jangka Mai hidap penyakit ni. Mai tak tahu, bang. Abang, lepas Mai tiada nanti tolong jagakan anak kita ya. Hanya itu zuriat yang kita ada. Jaga Maya elok-elok. Mai pun nak abang jaga kesihatan abang. Lepas Mai dah tiada nanti, abang jangan selalu bersedih tahu? Mai tahu abang kuat. Kalau abang rindu Mai, tataplah mata Maya. Mata Maya kan iras macam maknya.”

Sempat lagi Maisarah berceloteh walaupun masing-masing sedang bersedih, tidak mampu menahan air mata. Maisarah sempat mencium tangan Adam ketika itu. Kini, sudah 25 tahun Maisarah meninggalkan Adam dan Maya. Namun kenangan indah bersama Maisarah tidak pernah luput dari ingatannya. Adam cekal dalam menghadapi dugaan ketika membesarkan Maya. Adam masih teringat akan janjinya bersama Maisarah. Cinta dan sayangnya terhadap Maisarah tidak akan pernah luntur. Tidak akan sesekali untuk melupakannya.

-Tamat-

Sep 22, 2011

Pepagi Buta

Morning reader(s) .

Dinginnya . menulis entry dingin pada waktu subuh ni, memang membuatkan saya menggigil kesejukan . pakai seluar pendek dan sweater . orang bujang, kan? censored tentang itu . actually takde idea pepagi buta ni . mata dah terlampau kuyu macam ikan puyu . ahhh! tak sama dengan puyu, mata saya lagi comel . gilaa, pepagi buta dah perasan gila gaban . lepas paper ETR tadi terus main game . dah tak hiraukan pasal sekeliling dah . tapi makan tak lupa . HAHA

Banyak betul perubahan hari ni . Facebook berubah layout . nampak semakin 'hensem' macam Mark Zuckerberg . makin menyesakkan mata ni ada-laa . tak sampai 5 minit tengok Facebook terus beralih ke blogg buruk ni . kan lebih segar tengok blog HAMS ni . HAHA perasan lagi . sorry guys, otak saya dalam kegelapan ketika ini akibat paper ETR tadi . bukan tak boleh jawab tapi masuk dewan terus blank . perghh! memang nahas-lah kalau tak dapat full mark untuk paper tuu . dah-laa carry mark 'cantik' aje mata ni memandang .

Haishh! Tak baik mengeluh . tapi rasa macam nak pengsan aje depan lappy ni . mengantokk yang teramat . adooi, bangun lewat-lah pagi nanti . tapi perut pulak tengah berdendang lagu - lapar . dah pagi dan boleh cari sarapan dah time ni . jangan harap nak keluar cari sarapan, kaki pun dah longlai nak berjalan . apatah lagi nak suap nasi ke mulut . HAHA . baiklah, nak chiow dulu . selamat malam pagi semua!


p/s : someone tolong dodoikan saya .

Sep 19, 2011

Study Hard - Dapatkan DL!



Selamat pagi reader(s) .

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, tuan blog dah beransur pulih dari sakit . beberapa hari yang lepas, Arez kena radang tulang rusuk . benda ni jarang orang dengar . selalunya radang paru-paru, kan? Alhamdulillah sekarang dah okay sedikit . nasib baik-lah tak bawa ke final exam sakit ni .

Final exam 2011/2012 sudah pun bermula pada hari ini . tapi 1st paper Arez start 21 September . beberapa hari aje lagi . baca pun belum lagi . just buka buku dan slide aje . itupun selak macam tuu aje . mood study dah datang, tapi akibat tidur berlebihan malam tadi Arez tak dapat nak study sebab sakit kepala . adooi . alasan semata-mata . apapun dah kena bersungguh mula dari hari ni . selalu last minute study, lepas tuu result pun tak kemana . adooi .

Semalam (19 September), MrsChenta mengadu sakit . alololo manjanya dia HEHE . kesian dekat dia . bukan apa, Arez cuma risaukan dia . sebab paper dia 20 September . itupun dia dah kelam kabut menghafal itu ini . orang dekan memang rajin macam tuu . saya aje yang bersungguh nak mendapatkan dekan kali ini . Insya-Allah kali ni akan dapat dekan, tapi kena betul-betul kerja keras lah .

Kepada awak yang saya sayang :

Semoga cepat sembuh yeah! Lepas tuu, study betul-betul . jangan cepat putus asa . awak boleh buat, saya tahu . awak kena kuat . ingat pesanan saya . saya kan selalu membebel itu ini . kerja kuat dan dapatkan dekan lagi . Good luck, sayang .

p/s : goodluck juga kepada rakan-rakan yang lain .

Sep 17, 2011

Lagu Cinta : Kisah Hati - Alyah

Pada mulanya, aku tak berapa faham dengan lirik lagu Kisah Hati - Alyah . aku cuba hayati apa yang kau cuba sampaikan . suka sangat kau nyanyi lagu tuu . finally, aku dah faham apa yang kau cuba sampaikan kat aku .


"Cinta kita tak pernah berakhir . Aku tak pernah rasa macam tuu . "

Kalau kau nak tahu, aku lebih suka bersama kau, sayang .

Selamat pagi sayang,

Hari ni aku dah beransur pulih dari sakit . semalam dada aku sakit sangat . dada aku terasa dicucuk-cucuk . terlampau sakit . tapi aku paksakan diri jugak untuk pergi solat hajat tuu . sebab aku risau kalau duduk kat bilik, takde sape yang akan jaga aku . tapi bila dah tiba sana, aku tak mampu nak tahan dah . aku suruh kawan aku bawa aku pergi hospital . dan akhirnya doktor cakap aku kena radang tulang rusuk . Alhamdulillah hari ni dah okay sikit .

Berkenaan dengan coretan kau :

Aku bukan tak nak bagi peluang sekali lagi untuk kau . aku perlukan masa untuk fikir semua tuu . tapi bila aku baca coretan tu, aku sedih sangat . seakan-akan kau nak tinggalkan aku . itu apa yang aku rasa . tapi tak tahu-lah apa yang kau rasa . aku bukan tak nak bagi kau kenali aku secara perlahan-lahan . boleh aje kau nak buat semua tuu . aku bukan tak nak bagi peluang tuu . bagi aku masa .

Kau cakap siapa yang bercinta dengan kau akan kecewa sebab kau cakap kau tak pandai jaga hati pasangan kau . bagi aku, kau pandai jaga hati . cuma ada perkara yang buat kau berada dalam dilema . masalah tuu, kita selalu bincangkan bersama . pada mula hubungan kita okay je, aku bahagia dengan kau . tapi mungkin ada juga salah aku sendiri . tapi semakin hari semakin kuat aku buat salah kat kau . maafkan aku sayang .

Bila kau suruh aku cari orang lain, aku rasa tertekan sangat . kau dah lupa ke? kau dah lupa apa yang aku pesan, apa yang aku coretkan dalam blog ni . mungkin kau dah terlupa . buat masa sekarang ni, aku lebih suka bersendirian . mungkin kadang-kala tuu aku kurang bercakap andai kita terserempak atau berjumpa . dan sukar untuk aku pandang muka kau ketika bercakap atau berjumpa .

Kalau kau nak tahu, hati aku pun tak lengkap . aku lebih suka bersama kau . siapa nak jaga aku pada masa akan datang selain family aku? aku nak ada balang gula-gula time raya nanti . tapi aku nak ada balang tuu dengan kau sorang je . siapa nak jaga aku kalau aku sakit sekali lagi? kau dah kenal aku walaupun sedikit . kau dah tahu aku macam mana . ya, kalau ada jodoh kita jumpa lagi . yang pasti aku nak bersama kau . cinta kita tak berakhir lagi, sayang . aku lebih senang bersama kau . tapi aku tahu kau tak nak aku kecewa . sebenarnya kau mampu untuk tangani ni semua, percayalah . ingat pesan aku yang aku dah bagitahu dekat kembar kau beberapa hari yang lepas - kenapa aku terlalu sayangkan kau . andai kata Allah lebih sayangkan aku, maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki . jaga metong baik-baik . aku sayangkan kau, gemokk . good luck untuk final exam nanti .


"Cinta aku hanya ada untuk kau . kalau kau rasa peluang yang kau nak tuu masih ada, hargailah peluang tersebut . jangan sesekali sia-siakan apa yang kau dapat . "

Sep 14, 2011

Cinta : Entry #14

Baiklah . aku cuba bersabar . aku cuba . itu sebab kau yang suruh aku bersabar . bukan paksaan atau apa-apa . tapi bila jadi macam ni, mood aku mula-lah nak lari ke sana sini . nak buat kerja pun dah takde mood . aku malas nak fikir sangat pasal ni . but i'm sorry . aku bukan nak kau selalu menangis sebab aku atau sebab lain-lain . dan aku tahu aku selalu buat kau sedih . maafkan aku tentang itu . aku dah bagitahu kat 'kembar' kau pasal isi hati aku . apa yang aku rasa dan kenapa aku sayangkan kau, semuanya aku dah bagitahu kat kembar kau . last but not least, maafkan aku yang selalu 'sakitkan' kau . hari ni 14hb . ingat apa-apa tak, sayang?

p/s : aku memang suka cari gaduh dengan kau .

Sep 13, 2011

Aku Tunggu Kau

Balik dari Malam Pra-Graduan (MAPRA) dekat UiTM Dungun, aku message kau . sebab aku message kau bukan kerana nak ngade-ngade . tapi sebab aku rindukan kau . sekarang kalau nak berjumpa pun, dah jarang sangat . jumpa, itu pun kalau ada meeting yang penting kat kolej . kau balas 'OK' aje lepas aku message . aku bukan-lah nak berkira sangat, tapi cukup terasa . then kau tak balas message aku . fine, aku senyap je . malas nak ambil kisah sangat . Aku call kau . Ya, mungkin kau tension dengan aku . kau 'end call' . okay, fine . aku ambil keputusan untuk membawa diri dari kau . aku nak kau betul-betul tahu, apa yang ada dalam hati aku . kau kena tahu . 'in a relationship' tuu hanya mainan . bukan nak buat kau cemburu . sorry tentang itu . tapi aku nak kau betul-betul tahu apa yang ada dalam hati aku sekarang ni . seriously, aku tunggu kau .

Sep 12, 2011

20 Tips Ber-Blogging

Hai reader(s) .

Hari ini Arez nak berkongsi 20 Tips Ber-Blogging . walaupun sekarang dah ramai blogger(s) yang buat pasal entry ni, Arez tetap berkeras kepala untuk buat entry yang sama . lagipun benda ni bukan saja untuk para blogger tapi penting juga untuk Arez buat rujukan . jomm tengok apa tips blogging yang ada :

1. Mulakan kontroversi, tapi jangan sampai melampaui batas-batas yang ada .

2. Mulakan apa-apa contest yang berjaya tarik minat para blogger(s) .

3. Give Away - barang free untuk bagi kat para pembaca/blogger(s) . 

4. Cerita tentang blogger lain yang boleh tarik minat pembaca . But, make it positive!

5. Melakukan temu ramah dengan blogger(s) lain dan post-kan dekat blog .

6. Kadang-kadang tuu, tulis pasal personal life korang . dalam blog ni, berlambak dah HAHA .

7. Tanya apa-apa soalan kepada reader(s) korang .

8. Berkongsi apa-apa rahsia tentang korang atau lain-lain .

9. Bagi laa blog award untuk top commentator(s) blog .

10. Kalau kreatif, buat komik strip dekat blog .

11. Cari balik entry/cerita lama dan re-write supaya menjadi entry yang buat pembaca tertarik .

12. Tangkap gambar dengan mana-mana artis dan post kat blog . tapi janganlah sampai guna photoshop .

13. Post pasal perkara pelik/menakutkan yang pernah korang lalui .

14. Menjadi tatapan muka hadapan suratkhabar/majalah . Perghh! Ini kalau dah popular-lah .

15. Buat survey tentang apa yang reader(s) inginkan dalam blog .

16. Haaa! Buatlah apa-apa tutorial dalam blog . E.g : tutorial pakai shawl, tutorial photoshop, atau tutorial yang tak pernah blogger(s) lakukan lagi seperti tutorial kayuh basikal menggunakan tangan ke? HAHA

17. Buat vlog yang menarik! Jangan cepat putus asa dengan vlogger(s) yang lebih bagus daripada korang .

18. Aktif dalam page blogger kat Facebook - Sahabat Blogger / Blogger Tercinta Official .

19. Tulis tentang sesuatu yang dah famous .

20. Yang terakhir dan yang paling penting sekali ialah : Be Yourself!

InsyaAllah dengan cara-cara kat atas ni dapat membantu blogger(s) semua . kalau ada sebarang kekurangan dalam entry ni, sila berikan komen bernas korang yeahh! thanks sudi singgah HAMS :)

p/s : kena buat kotak cadangan ni!

Sep 11, 2011

Gamers : Design PlayStation4

Memang futuristik habis tuan belog tengok rekabentuk PlayStation 4 ni . saya sendiri pun masih tak berkesempatan nak main PS3 . nak keluarkan PS4 pulak? tapi untuk makluman reader(s), PS4 ini masih dalam perbincangan dan tak tahu bila akan dikeluarkan . korang ushaa aje laa gambar yang ada yeahh :






Sep 9, 2011

Monolog #2 - Terlanjur Cinta


Suasana pagi ini agak sejuk sekali . kabus yang menyelubungi kawasan ini agak menyukarkan pandangan-ku pada pagi ini . dengan keadaan yang kusut masai, turun dari katil terus ambil earphone di atas meja . buka music player dan dengar lagu . volume increase – 70% . itu pun dah kira kuat bagi aku . Wahh! Seronoknya pagi ini sebab sepatutnya sekarang aku berada di UiTM Dungun . ada kursus kerjaya kat sana . tapi disebabkan lambat bangun 50 minit, jadi aku cancel-kan saja hajat nak pergi . lepas ini tak tahu apa hukuman tatatertib yang akan dikenakan ke-atas-ku .

Selsema-ku rasanya semakin teruk . aishhh! Tak selesa betul . nak jalan-jalan pun asyik pegang hidung aje . tekak pun apa kurangnya, kekeringan dengan air . dah nak bengkak rasanya tekak ini . mungkin akibat cuaca di luar sana yang agak panas dan kadangkala hujan yang menyebabkan begini . tak selesa-lah .

Lagu Terlanjur Cinta berdendang di dalam earphone . ini kiranya lagu kegemaran aku dulu . terselit bait-bait tersirat di dalam melodinya . pasangan yang sedang mencuba mempertahankan cinta yang rapuh . mengalami kesukaran . cinta yang sejati pasti sukar untuk dilepaskan begitu saja . Ya, aku cintakan kau . sekali aku mencintai kau, sukar untuk aku lelapkan perasaan itu . jangan permainkan cinta aku ini . tidak akan sesekali melepaskan perasaan ini begitu saja . aku terlanjur cinta kepadamu .


Sep 8, 2011

Monolog #1 - Cinta Dalam Hati

Betulkah sukar untuk kita menjaga dan mengekalkan perasaan orang yang kita sayang bersama kita selamanya? Kenapa sukar? Mungkinkah kerana akibat diri kita sendiri yang tidak bijak dalam menjaganya? Atau orang tersebut yang kurang bijak? Persoalan di situ .

Kadang-kadang aku gembira . Ya, kerana dapat bersama orang yang aku sayang . seperti pasangan-pasangan yang lain, gelak tawa suka duka . tapi kegembiraan itu tidak selamanya . mengapa? adakah aku sudah berubah hati atau dia yang berubah? kesakitan mula terasa . kesakitan mula melalui rongga-rongga badanku ini . kata orang, biasalah - norma kehidupan belaka .

Bukan aku tak cuba . cara-cara untuk mempertahankannya . tapi bukan semua cara sudah ku cuba . biarlah . mungkin aku patut berhenti sebentar di tengah jalan ini . jalan yang masih panjang untuk aku, dia, kami dan mereka . tapi kemanakah jalan ini akan menuju? tiada utara, selatan, timur dan barat . tidak akan sesekali juga ke belakang . tapi satu perkara saja yang perlu kau tahu mengenai hati-ku . ku rasa kau pasti tahu mengenai itu .


p/s : monolog dalaman .

I Need You, Inspiration

Hai reader(s) .

Penat test tak habis lagi . bertimbun-timbun test & segala presentation yang bagi saya keputusannya agak menghancurkan . HAHA boleh gelak pulak . adoiii, sekarang ni demam plus selsema plus kering tekak laa pulak . kerja masih ada kat belakang tuu . ada lagi yang nak kena selesaikan . malas . sebab tuu menuju ke blogg ni terus . kan mudah, semua benda lepaskan kat sini .

Macam-macam laa jadi semalam . tak seronok betul . dengan keadaan yang tak berapa sihat ni, muka asyik blur aje . macam takde perasaan dah . semalam pulak ada latihan teater untuk dipersembahkan time malam anugerah budak-budak dekan nanti . HAHA dapat watak macam tuu lagi . teater ni ingat senang ke? ingat berlakon macam gitu je ke? nak kena layan watak tuu betul-betul bukan senang . ahhhcooom! HAHA sorry reader(s) .

Errrghh! Comelnya specky-tuu . HAHA

Beberapa minggu aje lagi nak exam . persediaan pun belum ada lagi . bila Arez nak duduk kat depan meja berjam-jam sambil mengadap buku Organization Behavior + ETR dan segala jenis subjek lagi ni? wake up Arez! sekian .

p/s : inspiration, please help me!

Sep 7, 2011

Wordless Wednesday #6 : Captain America

Ini merupakan koleksi-koleksi poster Captain America di beberapa buah negara yang mungkin tidak berpuas hati dengan negara tersebut . HAHA apapun jumm ushaa poster-poster di bawah tanpa banyak soal :

Britain

Canada

France

Germany

Japan

North Korea

Russia

Spain

p/s : takde mood nak tulis essay sekarang .

Sep 3, 2011

Bapa Mithali - Idaman Wanita Sekarang


Mornite reader(s) .

Apa mornite tuu? Mesti ada yang tertanya apa tuu 'mornite' kan? Baiklah, mornite tuu ialah gabungan Morning dan Good Nite . bila gabungkan dua situasi tersebut, maka jadilah 'mornite' . so kalau Arez cakap mornite tuu, maksudnya pagi plus malam laa . HAHA dah-dah . jangan konfius-kan kepala tuu . mehh nak share pasal “Bapa Mithali - Pilihan Wanita Sekarang” .

Walaupun saya belum berkahwin, tapi umur saya sudah mencapai 2- tahun . HAHA . ouhh! Jangan salah faham yeah . saya bukanlah terdesak sehingga cakap pasal kahwin . tapi sebagai seorang lelaki yang matang, terfikir juga pasal perkara ni . wanita mana yang tak nak lelaki yang matang sebagai suami mereka? Semua wanita menginginkan suami yang bertanggungjawab, sabar dan bijak dalam menguruskan keluarga - yang inilah menjadi idaman setiap wanita!

Sebagai seorang suami dan bapa mestilah membentuk nilai murni dalam diri anak mereka . bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya - pepatah ni selalu orang guna, kan? Kalau kita tak tanamkan sifat-sifat yang baik dan sopan dalam diri anak kita, dah besar nanti semakin mencabar nak 'ajar' anak kita . bila si ayah sibuk dengan kerja di pejabat untuk mencari rezeki dan tugas mendidik anak akan membebani ibu . tanpa 'sentuhan' dari seorang bapa akan memberi kesan terhadap anaknya bila dah besar nanti . 3 perkara penting yang diperlukan seorang lelaki yang bergelar bapa :

·         Menjadi suami yang disayangi, disanjungi dan dihormati oleh pasangan masing-masing .
·         Sebagai seorang bapa, kita perlu memahami perasaan isteri, menghormati perbezaan pandangan yang berlaku . selain itu, lelaki mesti bijak dalam menyusun strategi untuk medidik anak-anak .
·         Bila seorang suami sayang terhadap isterinya, akan menimbulkan perasaan hormat anak kepada bapa yang secara langsung akan membenihkan nilai murni dalam jiwa seorang anak .


Arez menulis entry ini sebenarnya untuk menjadikan entry ni sebagai panduan sebagai seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab terhadap keluarganya . sebagai seorang lelaki yang bijak, kita kena tahu bagaimana nak 'mencipta' keserasian dengan anak dalam bentuk komunikasi . kita tak boleh lepas tangan 100 peratus tugas rumahtangga terhadap isteri, kerana tidak mahu mereka dibebani masalah seorang diri . InsyaAllah, setiap hubungan akan berkekalan andai setiap pasangan bijak dalam menguruskan hal rumahtangga dan anak dengan baik . Sekian.

p/s : gembira jika dapat bermanja dengan si comel .

Edisi Hari Raya 2011


Salam lebaran reader(s) .

Wah! Raya sakan tak korang tahun ni? Dah berapa banyak duit raya yang korang berjaya kumpulkan? HAHA besar-besar pun masih dapat lagi ke? Arez baru 18 tahun, so masih layak untuk dapat duit raya tahun ni . mehh tengok siapa paling banyak dapat duit raya! *ngade-ngade .  untong-lah korang yang berhari raya sakan tuu . tahun ni tuan blog berhari raya ala kadar sahaja .

Petang tadi baru pergi dua buah rumah . itupun sebab baru balik dari Johor Bharu semalam . raya pertama sampai raya ke-3, Arez dan family ber-raya di Muar . balik je kat Kelantan, Arez cuma pergi 2 buah rumah je . lepas tuu member ajak lepak kat Pantai Irama, Bachok . ushar bundle kat sana . ehemm, saya pakai barang bundle aje . tak mampu nak beli LV, Salvatore Feragamo, Burberry & lain-lain yang branded . Apapun, jumm ushaa gambar-gambar sekitar hari raya 2011 :



sorry laa kawan-kawan . ter-upload-lah! HAHA


My Family :)


Ini bukan nak promote handphone yeah! HAHA

Pergh! Ada tanglong laaa :D

Ini anniversary makcik & pakcik saya yg punya .

Cousin saya . available sudaa .

Baiklah, itu sahaja untuk entry Edisi Hari Raya 2011 . semoga kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya . next entry ni maybe pasal BAPAK MITHALI . terbaik daripada ladang bro! Chiowww!

p/s : layan Bila Aku Jatuh Cinta by Awi Rafael :)