![]() |
| Sumber Pakcik Google. |
“Lepas ni, awak jangan tinggalkan saya tau. Saya nak awak sentiasa ada dengan saya. Janji?”
Janji. Ya, janji antara dia dan Maisarah. Kerana janji itu, Adam
bertekad untuk menjaga Maisarah sebaik-baiknya. Selagi Adam mampu dan bernyawa,
selagi itu Adam akan menjaga Maisarah. Sayangnya terhadap Maisarah tak pernah
luntur walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkaui 10 tahun. Hasil dari perkahwinan itu, mereka
berdua dikurniakan seorang anak. Comel mata Maya, seiras macam emaknya. Gembira
ayahnya hingga mengalirkan air mata ketika menyambut kelahiran Maya di hospital
pada 2 tahun lepas. Syukur.
Semalam, Maisarah mengadu sakit kepala dan tiba-tiba jatuh
pengsan. Mujurlah semalam hari minggu dan Adam berada di rumah. Adam segera
membawa Maisarah ke hospital. Risau si suami menunggu di luar wad. Bukan apa,
kebelakangan ini Maisarah kerap sakit kepala. Sehingga badan Maisarah susut kerana
risau tentang kesihatan dirinya. Apabila Adam bertanyakan mengenai kesihatan
Maisarah, dia mengatakan bahawa dirinya baik-baik sahaja.
“Encik
Adam?”
Namanya dipanggil perlahan. Lantas dia bangun dan menuju ke bilik doktor.
Duduk perlahan-lahan di hadapan doktor tersebut. Doktor itu memberitahu kepada
Adam bahawa isterinya menghidapi barah otak tahap kritikal. Adam terkedu
mendengar khabar itu. Air matanya mengalir perlahan di pipinya. Badannya tidak
bermaya. Dia cuba menuturkan soalan. Perlahan-lahan dia bertanyakan apakah cara
untuk menyelamatkan isterinya. Doktor menggelengkan kepala dan meminta maaf
kepada Adam. Doktor mengatakan bahawa Maisarah mempunyai tempoh 2 bulan lagi
untuk hidup. Adam tidak dapat menahan air mata yang terus mengalir laju di
pipinya.
Selepas membawa pulang Maisarah ke rumah, Adam terus mengambil
wuduk dan melakukan solat hajat. Dia berdoa semoga Allah memberikannya kekuatan
untuk terus menjaga Maisarah. Air matanya bercucuran jatuh. Adam tidak mampu
tidur lena kerana terlampau memikirkan tentang khabar berita yang disampaikan
oleh doktor tersebut. Adam sanggup berhenti kerja demi menjaga Maisarah dan
Maya. Mujurlah syarikat memahami apa yang dihadapi oleh Adam. Sepanjang masa
Adam menjaga makan dan minum Maisarah. Maisarah tahu mengenai dirinya yang
sedang menghidapi barah. Isterinya juga risau dengan perubahan Adam. Selesai
solat Isyak berjemaah, Maisarah bersalaman dengan Adam.
“Abang,
Mai minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Mai menjadi
isteri abang. Halalkan makan dan minum Mai, abang. Mai minta maaf. Mai pun tak
jangka Mai hidap penyakit ni. Mai tak tahu, bang. Abang, lepas Mai tiada nanti
tolong jagakan anak kita ya. Hanya itu zuriat yang kita ada. Jaga Maya elok-elok.
Mai pun nak abang jaga kesihatan abang. Lepas Mai dah tiada nanti, abang jangan
selalu bersedih tahu? Mai tahu abang kuat. Kalau abang rindu Mai, tataplah mata
Maya. Mata Maya kan iras macam maknya.”
Sempat lagi Maisarah berceloteh walaupun masing-masing sedang
bersedih, tidak mampu menahan air mata. Maisarah sempat mencium tangan Adam
ketika itu. Kini, sudah 25 tahun Maisarah meninggalkan Adam dan Maya. Namun
kenangan indah bersama Maisarah tidak pernah luput dari ingatannya. Adam cekal
dalam menghadapi dugaan ketika membesarkan Maya. Adam masih teringat akan
janjinya bersama Maisarah. Cinta dan sayangnya terhadap Maisarah tidak akan
pernah luntur. Tidak akan sesekali untuk melupakannya.
-Tamat-

3 comments:
best2.. i like..^^ hee
thanks :)
tak pernah lagi alami mcm dlm cite ni :D
Ntah brp je portion lelaki yg mcm ni zaman skang ni. Yg lain tu isteri baru meninggal 2 3 hari dah kawin lain. Hampeh je
Post a Comment