Sep 30, 2011

Perbezaan Blog Personal dan Blog Public


Selamat pagi reader(s) .

Alhamdulillah, tuan blog baru aje habis final exam. Tapi tak boleh nak relax sangat sebab result entah macam mana nanti. HAHA. Sekarang dah nak cuti, so mula-lah nak mem-busy-kan diri dengan blog buruk ini. Bila jenguk blog ni, banyak entry Musim Bunga. Kalau tak faham apa musim bunga kat blog HAMS ni, sila beredar tanpa berfikir panjang. HEHE. Kali ni nak share perihal blog pulak. Apa perbezaan Blog Personal dan Blog Public?

Apa itu Blog Personal?
Baiklah. Blog personal ni lebih kepada diari harian penulis/pemilik blog tersebut. Dalam blog dia tu banyak bercerita mengenai kisah hidup, cinta dan lain-lain lagi. Kadang-kadang naik geli baca blog mereka. HAHA. Bukan naik geli aje, bila baca lama-lama rasa menyampah pun ada. Tapi andai kisah di blog mereka tu boleh dikategorikan sebagai ‘awesome’, tak kisahlah kalau kerap baca pun. Ada juga blog personal yang mempersoalkan pasal politik dan dunia. Dan jangan lupa bahawa sesetengah dari mereka ni, menggunakan blog untuk menyampaikan berita buruk mengenai orang lain. Ishh-ishh! Ada je blog personal yang bagus penulisnya.

Takde kena mengena.

Apa itu Blog Public?
Blog ni lebih open untuk bacaan umum. Kepada reader(s) yang suka baca pasal artis, ada blog tu cerita pasal artis je. Kalau pasal bola, blog tu cerita pasal bola je. Blog yang jenis macam ni lebih terbuka untuk rakyat yang suka membaca. Tak kisahlah pasal apa pun. Sekarang ni, blog dah makin popular. Kalau dah popular tu, pegi mana-mana je mesti ada orang tegur. Sekarang ni blogger dah macam artis! Serius! Ada sesetengah akhbar dan majalah terkemuka panggil blogger untuk sesi fotografer dan temu ramah. Blog mereka ni lebih seronok untuk dibaca oleh para pembaca. Mehh! Saya nak suggest-kan beberapa blog yang best untuk menjadi santapan :


Setakat itu je yang Arez mampu share mengenai cerita ni. Sebenarnya, ini cuma pandangan tuan blog. Kalau ada sesiapa yang tak setuju atau terasa tu, ribuan maaf saya ucapkan. Saya pun bukanlah blogger yang bertaraf professional. Entry ni sekadar menjadi perkongsian untuk pembaca/blogger(s). Kita jumpa lagi dalam next entry, okay? Take care reader(s)!

No comments: