Mornite reader(s) .
Apa mornite tuu? Mesti ada yang tertanya apa tuu 'mornite' kan? Baiklah, mornite tuu ialah gabungan Morning dan Good Nite . bila gabungkan
dua situasi tersebut, maka jadilah 'mornite' . so kalau Arez cakap mornite tuu,
maksudnya pagi plus malam laa . HAHA dah-dah . jangan konfius-kan kepala tuu
. mehh nak share pasal “Bapa Mithali - Pilihan Wanita Sekarang” .
Walaupun saya belum berkahwin, tapi umur saya sudah
mencapai 2- tahun . HAHA . ouhh! Jangan salah faham yeah . saya bukanlah terdesak
sehingga cakap pasal kahwin . tapi sebagai seorang lelaki yang matang, terfikir
juga pasal perkara ni . wanita mana yang tak nak lelaki yang matang sebagai
suami mereka? Semua wanita menginginkan suami yang bertanggungjawab, sabar dan
bijak dalam menguruskan keluarga - yang inilah menjadi idaman setiap wanita!
Sebagai seorang suami dan bapa mestilah membentuk nilai
murni dalam diri anak mereka . bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya - pepatah ni selalu orang guna, kan? Kalau kita tak tanamkan
sifat-sifat yang baik dan sopan dalam diri anak kita, dah besar nanti semakin
mencabar nak 'ajar' anak kita . bila si ayah sibuk dengan kerja di pejabat
untuk mencari rezeki dan tugas mendidik anak akan membebani ibu . tanpa 'sentuhan' dari seorang bapa akan memberi kesan terhadap anaknya bila dah besar nanti . 3
perkara penting yang diperlukan seorang lelaki yang bergelar bapa :
·
Menjadi suami yang disayangi, disanjungi dan
dihormati oleh pasangan masing-masing .
·
Sebagai seorang bapa, kita perlu memahami
perasaan isteri, menghormati perbezaan pandangan yang berlaku . selain itu,
lelaki mesti bijak dalam menyusun strategi untuk medidik anak-anak .
·
Bila seorang suami sayang terhadap isterinya,
akan menimbulkan perasaan hormat anak kepada bapa yang secara langsung akan
membenihkan nilai murni dalam jiwa seorang anak .
Arez menulis entry ini sebenarnya untuk menjadikan entry
ni sebagai panduan sebagai seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya . sebagai seorang lelaki yang bijak, kita kena tahu bagaimana nak 'mencipta' keserasian dengan anak dalam bentuk komunikasi . kita tak boleh lepas tangan
100 peratus tugas rumahtangga terhadap isteri, kerana tidak mahu mereka dibebani masalah seorang diri . InsyaAllah, setiap hubungan akan berkekalan andai setiap
pasangan bijak dalam menguruskan hal rumahtangga dan anak dengan baik . Sekian.
p/s : gembira jika dapat bermanja dengan si comel .

1 comment:
Selamat Hari Raya :D
Btw sudah follow blog ni..
sudi la follow blog kite juga yer..
http://cintairmata.blogspot.com/
Post a Comment