Oct 15, 2011

Auwww! Kanser Payu Dara!

Hallo reader(s) .

Mesti pembaca agak kurang selesa dengan title entry kali ni, kan? Dan mungkin sesetengah pembaca, bila tengok title macam ni mesti lajuuu je nak baca entry ni. 1st of all, ini bukan entry tuuuutt yeah! Beberapa hari yang lepas merupakan Hari Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Tertengok kat Wanita Hari Ini mengenai perkara ni. Semua pakat pakai baju pink dalam TV. Kali ni Arez nak share dengan pembaca mengenai Kanser Payudara Lelaki.

“Eh, lelaki pun boleh kena jugak ke penyakit ni? Bukan perempuan je ke?”

“Biar betol kome ni? Don’t play-play laaa..”

Jenis breast cancer cell .

Ya, lelaki pun boleh terdedah dengan Kanser Payudara. Ramai lelaki lebih suka simpan perkara ni, tak suka nak berkongsi dengan sesiapa. Err, maybe malu kott? Yelaa, selalunya perempuan je yang kena penyakit ni. Kanser yang melibatkan kaum lelaki lebih sukar dikenalpasti berbanding perempuan. Walaupun perkara ni masih kecil dalam Malaysia, namun penyakit ni still boleh membunuh.

Kanser ni boleh dikesan melalui benjolan di belakang puting payudara yang membengkak. Kalau benjolan tuu masih samar-samar, lebih baik jika seseorang tu pergi mendapatkan rawatan di hospital. Takkan nak biarkan je kott? Kalau dah cecah peringkat kritikal iaitu peringkat tiga atau empat, proses nak menjauhkan diri daripada kanser ni memang sukar. Alamatnya, tak lama dahlah nak hidup. Sebab penyakit ni still boleh membawa kepada kematian.

Seseorang tu boleh check sendiri sama ada benjolan atau tidak pada payudara mereka. Kaedah pemeriksaan sama macam perempuan. Try korang tanya Pakcik Google cara-cara periksa benjolan tu. Rawatan untuk penyakit ni still sama macam rawatan ke atas kaum wanita iaitu pembedahan membuang tisu lemak dan kulit pada payudara tersebut. Lepas pembedahan pesakit akan diberi rawatan radioterapi.

Rasanya dekat Malaysia ni, dah boleh buat kesedaran mengenai Kanser Payudara bagi kaum lelaki. Kalau dulu, perempuan je yang terancam dengan penyakit berbahaya ini. Sekarang lelaki pun boleh terdedah dengan penyakit ni. Jadi, pembaca lelaki lepas baca entry ni try-lah check. Lebih baik mencegah pada peringkat awal, kalau tak cegah awal-awal akan bahayakan diri sendiri. Setakat ni dulu Arez bercerita. Nak pergi check depan cermin. HAHA.

p/s : rasa semakin chubby laa pipi ni. HAHA

No comments: