Kenapa sekarang ada amaran bahaya bila online di cyber cafe? Baiklah, entry ini bukan melarang korang semua untuk online di cyber cafe atau cafe mana-mana yang boleh online ye . ini berkenaan dengan penggunaan Keystroke pada komputer tersebut .
Keystroke tu menatang apa pulak?
Keystroke merupakan satu alat yang
ditikam dicucuk pada hujung kabel keyboard yang berhubung dengan PC tersebut . ia digunakan untuk menyimpan segala data yang korang key-in semasa online . segala data akan tersimpan dalam sebuah device yang dikenali sebagai
Black Device . selalunya benda alah ni ada dekat cyber cafe macam kat lapangan terbang atau hotel . seriously bahaya gyle . andai kata reader(s) key-in data dalam akaun bank, makhluk Allah atau lebih senang digelar sebagai pemilik cafe tersebut boleh buka semula apa yang korang online-kan tadi .
Sebagai langkah berhati-hati, korang mestilah check dulu sebelum online . nanti tak pasal-pasal akaun bank dah bertukar password dan sebagainya . mungkin akaun Facebook
lebih mudah di-hack dengan penggunaan Keystroke tersebut . btw, itu saja yang saya nak share kali ni :)
2 comments:
bgus post nie..
nk copy ley ?
ariffantasi - silakan :)
Post a Comment