“Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.”
Tak semua cinta kita berkekalan, betul tak reader(s)?
Memang berat kita nak lepaskan seseorang yang kita sayang. Nak lupakan dia pun
mengambil masa yang lama bagi kita. Dalam hati tuu, hanya Tuhan saja yang tahu
macam mana perasaan kita. Mesti semua orang pernah merasainya, bukan?
Ya, kalau ada jodoh tuu memang takkan ke mana. Jodoh di
tangan Tuhan, kita hanya berhak untuk merancang saja. Tadi Arez ada ushaa satu
page kat FB. Admin dia cakap :
“Jodoh memang di tangan Tuhan. Tapi kita
berhak untuk bersungguh-sungguh
jaga hubungan tu sebaik mana yang mungkin.”
Arez setuju dengan status dia.
Tapi sampai bila kita mampu untuk tahan semua tuu? Dugaan dalam sesebuah
hubungan tuu memang WAJIB ada. Sedangkan dalam kehidupan pun ada dugaan yang
menduga, apatah lagi dalam hubungan sesama manusia. Ya, ada yang cakap kita
kena bercinta selepas berkahwin. Apa pendapat reader(s)?
Memang sukar untuk jaga sebuah
hubungan. Setiap orang mesti nak kekalkan hubungan dia tu sampai bila-bila. Ya,
kalau boleh biar sampai ke jinjang pelamin. Semua orang nak kebahagiaan yang
kekal, bukan? Dugaan tetap dugaan.
“Kalau dia memang jodoh kau, Insya-Allah
akan berkekalan juga.
Tapi kena tabah & sabar dalam hubungan
kau tuu.”
p/s : jadi yang terbaik untuk kamu.

No comments:
Post a Comment