Aug 24, 2011

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadan reader(s) .

Hari ini merupakan 24 Ramadan dan hari raya Aidilfitri pun dah semakin hampir . sepatutnya hari raya kali ini, tuan blogg akan beraya di kampung Muar, Johor . namun saya tak dapat nak ikut family balik sekali sebab family balik sana raya ke-4 . ini kerana raya ke-5, tuan blog sudah bertolak ke Terengganu semula . tak dapatlah saya beraya dengan family dan saudara mara . 1st time raya seorangan di Kelantan .

Baiklah, dah nak raya ni tak boleh nak sedih-sedih . sepatutnya kita gembira bila masuknya hari yang ceria . tapi apa yang pasti kita janganlah terlalu gembira kerana masih ada lagi keluarga dan insan yang tak senasib kita . tapi masalah yang dihadapi hendaklah ditolak ke tepi dahulu . Encik Arez, jangan sedih-sedih . raya dah makin dekat ni . tak berkat pulak kalau raya sedih-sedih . HAHA . dalam entry ini Arez sertakan juga ucapan hari raya :

To dear MrsChenta :

- Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . kalau ada terkasar bahasa dengan kau, aku memohon maaf zahir dan batin . aku harapkan raya kali ini, lebih bahagia buat kita berdua . balik kampus ni kita bermaaf-maafan, okay? Selamat Hari Raya Aidilfitri, sayang .

To reader(s) :

- Salam Lebaran buat semua blogger(s) dan juga reader(s) yang setia dengan blog HAMS ini . terima kasih atas sokongan anda semua dan Arez minta maaf jikalau ada entry yang menyakitkan hati korang semua . sorry laa takde duit raya nak bagi!

Lagu Bersabarlah Sayang ini khas untuk MrsChenta :)


Dan yang ini untuk reader(s) sekalian :


p/s : aku sayang kau, gemokk!

1 comment: