“Bisakah sayang yang kumiliki kekal di
dalam hatiku ini selamanya?”
Setelah genap bulan ini, pelbagai masalah kita hadapi
sama-sama . masing-masing tabah dengan apa yang kita hadapi ini . Ya, saya
sendiri akui ada perkara kecil yang berlaku antara kita . saya yang mulakan
benda ni . perkara ni kecil aje, tapi saya yang ambil serius sangat .
Sekarang ni rasanya kita dah berbaik semula . tapi apa
yang saya perasan, kita dah tak macam dulu . dah kembali dingin . saya tak nak
bincangkan benda ni dalam message,
nanti ada pulak yang terasa hati balik . saya hanya mampu luahkan dalam blog
kesayangan saya ni . blog ni laa tempat saya bermanja dan meluahkan apa yang
saya rasa . saya tak suka pendam masalah ni, jadi blog ni laa yang jadi mangsa
sekarang .
Mungkin perasaan saya aje . cara awak message dah tak macam dulu . awak pun
jarang text saya . memang kita ada text text, tapi dah tak macam dulu .
saya cuba think positive . yelaa,
sekarang masing-masing dah sibuk dengan assignment . awak pun baru habiskan presentation petang tadi . tapi apa yang
pasti, saya dah tak nak ungkit cerita hari tu . biarkan saja .
Sekarang saya cuba berbaik balik dengan awak . saya tak
nak perasaan awak berkurangan terhadap saya . saya cuba kuatkan diri ini . saya
cuba pujuk awak dengan cara baik . saya cuba buat awak happy balik . saya tak nak awak pendam masalah yang ada . luahkan
dekat saya apa yang saya patut tahu . saya akan gembira bila dapat tengok awak
senyum semula . itu yang saya mahukan daripada awak sekarang ni . saya tak nak
kita dingin .
Saya cuba dan terus mencuba . saya teruskan usaha saya
untuk buat awak gembira . saya nak awak bahagia di samping saya . saya cuba
sebab saya tak nak awak pergi . kita berdua pun dah ada matlamat hidup . kita
berdua akan sama-sama jadikan ia betul-betul tercapai . saya nak kembalikan
tawa senda macam dulu . bolehkan? saya tak pernah lupakan awak . kalau dengan
kawan-kawan, awak boleh happy . saya
pun kawan awak jugak kan? Mungkin tak serapat mereka . saya nak gembira bersama
awak . last but not least, maafkan saya .
“Ku cuma mampu bahagiakan kamu dengan kasih
sayang. Itu yang ikhlas dari hatiku ini. Kerana kamu yang aku sayang.”
p/s : jangan berdiam diri depan saya . saya sayangkan awak .

2 comments:
I've just been through this kind of situation and I know how it feels.
Sobs :'(
thanks mkcik ;)
Post a Comment