"Kenapa kau senyum semacam dari tadi? Gila ke apa?" tanya si Muna.
"Gila? Mana ada. Aku okay je. Takde apa pun." Jawab Umairah.
Itu saja yang mampu Umairah katakan kepada Muna. Tersenyum. Umairah cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Dia cuba menyembunyikan perasaan tersebut dengan senyuman. Ini kerana pertelingkahannya bersama Asyraf masih berterusan. Hampir dua minggu begitu. Pedih rasanya. Pada mulanya, tidaklah terasa begitu sakit. Namun makin hari, perangai Asyraf tetap tidak berubah. Pemarah. Entah bila akan buang sikap buruknya tersebut. Apabila pergi ke mana-mana, Umairah akan sentiasa senyum bila berhadapan dengan rakan-rakannya. Tapi bila keseorangan, dia akan menangis mengenangkan perangai kekasihnnya. Umairah ingin melihat diri Asyraf yang lama. Ketika awal hubungan mereka, Asyraf sentiasa membuat Umairah gembira. Namun sekarang agak sukar untuk melihat situasi begitu. Dia selalu berdoa agar hubungannya kembali pulih seperti dahulu. Kerana Umairah sayangkan diri Asyraf.
-----------------------------------------
Pernah alami sendiri perkara ni? Jika pernah, bagaimana korang selesaikan masalah ni? Adakah putuskan hubungan adalah cara terbaik? Rasanya masih ada jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini dengan baik. Itu pun jika korang mampu bertahan dengan sikap orang yang disayangi tersebut. Sebabnya kalau tak tahan dengan perangai dia, confirm dah lama clash/break up/putus. Ramai yang putus asa bila berhadapan dengan perkara ni. Bagi Arez, mungkin kita patut bagi peluang untuk si dia untuk berehat seminggu dua. Manalah tahu jika si dia tuu kepenatan atau ada banyak kerja sekolah/rumah yang perlu diselesaikan. Dan mungkin juga dengan cara berbincang, boleh mengurangkan tekanan antara dua belah pihak. InsyaAllah. Jika hendak berbaik dengan masa pantas, memang sukarlah sedikit. Apa yang dirisaukan ialah si dia makin tertekan. Apapun setiap insan mempunyai kelemahan diri masing-masing. Jangan salahkan sebelah pihak saja. Mungkin ada salah kita yang tidak kita sedari. Akhir kata, hargailah insan yang berada di hadapan anda sekarang. Sekian.

1 comment:
I've been through this kind of situation. Sakit tu memang sakit. Orang nampak kita happy. Tapi dalam hati Tuhan je yang tahu. Senyum yang terukir tak menggambarkan kita bahagia. Cuma certain orang je boleh baca makna disebalik setiap senyuman.
Aku bagi peluang kat that guy and sabar gila dengan dia. But he never appreciated the chances that i gave. So, ending nya putus.
Aku tak faham, kenapa lelaki tak reti nak menghargai apa yang dia ada. Bukan tak pernah bagi peluang.
Post a Comment