Dah lama tuan belogg HAMS tak jejakkan jari-jemarinya di sini untuk update entry baru . dengan keadaan internet di rumah yang agak slow berbanding di kampus, tunggu loading 'new post' pun dah hampir setengah jam . putus angin nak buat entry baru . bila dah putus angin, segala idea yang tersurat dan tersirat di dalam kepala ini pun menghilang begitu saja .
Dengan keadaan saya yang tidak terkawal sekarang ini, bertambah bersawanglah belogg ini . apa yang tidak terkawal? Semua akan terjawab di dalam entry ini . *maybe tersirat sedikit entry kali ini . Adakah semua lelaki sekarang bersikap curang? Adakah semua lelaki lupa pada janji mereka terhadap kekasihnya? Kalau reader(s) yang sedang membaca ini, mungkin mereka akan mengatakan YA . bukankah begitu?
Tapi kenapa terdapat juga perempuan yang curang? Kenapakah terdapatnya perempuan yang mementingkan diri sendiri? Sehingga ada segelintir perempuan yang menipu pasangannya demi kepentingan diri sendiri . kalau reader(s) yang membaca statement ini adalah lelaki, mereka mungkin akan mengatakan "Perempuan sekarang tak boleh percaya sangat dah!" ataupun "Dia nak balas dendam laa tuu. Bajet bagus sangat!" . Benarkah semua ini wahai kaum hawa di luar sana?
Apapun, ini semua bergantung kepada diri sendiri dalam menentukan yang mana terbaik untuk hidup mereka . janganlah pula nak menipu aje dalam hidup . biarlah ada pendirian dalam hidup, jangan asyik berubah pasangan . harap reader(s) di luar sana janganlah menghampakan orang yang benar-benar mencintai kamu semua .
p/s : bukan entry biasa .
