Aug 28, 2011

Vlog dan Kad Raya 2011


Selamat petang reader(s) .

Ada tak sesiapa yang pandai buat cornflake madu? Arez nak tempah 50 balang ni . HAHA saya bergurau aje . untonglaa orang tuu pandai buat kuih raya dan dapat banyak tempahan . petang ni kat rumah Arez ada majlis berbuka puasa . kebetulan ada seorang pakcik Arez ni nak pergi Haji . jadi majlis ni disekalikan laa bak kata orang 2 in 1 .

Esok (29 Ogos 2011) Arez dan family akan bertolak ke Muar, Johor . Alhamdulillah, dapat juga beraya kat kampung belah ibu Arez . mohon perjalanan kami diberkati Allah dan selamat tiba ke destinasi . puasa tinggal beberapa hari aje lagi . mercun takde sebab takut putus jari . nanti tak boleh bermaaf-maafan dengan parents dan tak dapatlah duit raya . HAHA




Actually dalam entry kali ini, Arez nak share kad raya istimewa yang dihasilkan untuk Blogger Tercinta Official Page dan juga vlog Hari Raya 2011 . segannya saya bila cakap pasal vlog . yelah, saya tak sehebat MatLuthfi dan AnwarHadi . apapun harap reader(s) enjoy dengan family korang semua . Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin .

p/s : tak jadi delete blogg sebab ada orang marah .

Aug 25, 2011

Tugas Anak Lelaki

Selamat petang reader(s) .

Pasti semua orang dah start balik rumah/kampung halaman masing-masing kan? Yelaa, perasaan cemburu dalam diri ni pun dah makin membuak-buak nak balik rumah . tadi kawan-kawan semua dah konvoi naik motosikal ke Kelantan . hampeh betul laa! alangkah bagusnya dapat balik hari ini . actually, tiket bas esok (26 Ogos 2011) . memang laa esok, tapi terasa lama bagai . dah tiba rumah nanti, pelbagai tugas yang Arez kena selesaikan . hari tuu, ibu dah call . dia cakap kena selesaikan satu persatu . itu tak termasuk dengan kuih raya laa . tuan blogg tak masuk campur dengan penghasilan kuih raya . tugas orang lelaki macam biasa laa, kemas rumah!

Hari ini sakit itu makin terasa . tuan blogg cuba hindarkan sakit yang tidak berbelah bagi tuu . raya makin dekat, sempatkah saya nak berhari raya ni? HAHA just kidding . payah/sukarnya untuk lupakan kesakitan yang ada ini . kalau ada ubat tahan sakit, memang dah telan sekarang ni . tak kira laa batal puasa ke apa . harap kesakitan ni reda dengan cepat .

Kuih faverita saya : Cornflakes Madu!

Baiklah, rasanya dah takde apa-apa yang Arez nak luahkan kat entry ni . cuma bila dah tiba rumah, mungkin Arez jarang update blogg . kalau update pun mesti SPECIAL ENTRY pasal Hari Raya Aidilfitri . ouhh! hampir terlupa, tuan blogg sekarang tengah mem-proses video ucapan hari raya . Errr! segan pulak nak post kat sini . HAHA . Okay, jumpa lagi dalam entry yang seterusnya yawww!

p/s : i'm always love you, sayang .