Nov 16, 2011

FKWL : Cinta Pertama bersama Fatin Qalisya


Memang tak ada lelaki setampan aku,
tapi yang lebih tampan banyak .

(Petikan Lelaki Seperti Aku)

Ada seorang member Arez yang datang buat laporan tentang kisah cintanya . adooi - dah macam Dr. Chenta aje saya ni . macam biasalah, Arez-lah yang selalu kawan-kawan luahkan masalah . tapi satu ajelah sikap mereka yang Arez tak berkenan . HAHA sorry guys, mengata dalam blog . depa tak tahu URL blog aku . apa yang aku tak berkenannya, bila masalah mereka dah selesai, mulalah lupakan orang yang dah tolong dengan susah payah ni . malas nak ungkit aje, kalau ungkit mesti bertimbun dalam poket seluar . *takde kaitan pun dekat poket seluar, sila abaikan . semua nama watak adalah lakonan semata-mata .

Seorang jejaka yang segak bernama Khairul Fahmi (bukan nama sebenar) telah berjumpa dengan Arez . hubungan kami berdua dah lama, dah nak masuk 4 tahun jugaklah . yang penting, kami bukan gay . masalah yang dihadapi oleh Khairul Fahmi ni kalau diikutkan dah lama jugak . sebabnya dia dan kekasih hatinya sudah memulakan hubungan mereka sejak dari Form 4 lagi . mereka berdua bercinta dalam 2 tahun lebih . namun akibat mulut orang kat sekolah tuu, telah membuatkan mereka berdua putus hubungan . tragis tak? kalau dah nama mulut orang, apapun boleh jadi . sampaikan Arez sendiri nak pergi hempuk orang yang buat cerita bukan-bukan terhadap kawan Arez, si Khairul Fahmi tuu . 

Salahkah aku bila mencintaimu,
Salahkah aku bila menginginkanmu,
Walau ku tahu terlarang bagiku tuk memilikimu,
Salahkah aku bila menyayangimu,
Salahkah aku bila mengharapkanmu,
Walau ku tahu tak pantas cintaku untuk dirimu.

(Petikan Salahkah Aku)

Kini Khairul Fahmi masih lagi single mingle . time mereka berdua clash tuu, kekasihnya macam berlakon . terpaksa benci terhadap kawan Arez ni . tragis tak? kalau tragis, sila angguk kepala anda . kembali kepada cerita, kemudiannya mereka berdua tak berhubung . namun lately ni kawan Arez mula berhubung balik dengan bekas kekasihnya itu yang juga merupakan cinta pertama beliau melalui Facebook . si Khairul Fahmi ni masih tak dapat lupakan bekas kekasihnya . 

"Kau dengan Fatin Qalisya macam mana? Still contact ke?"

"Kau suka lagi ke dekat dia?"

Itu antara soalan yang Arez tujukan kepada Khairul Fahmi time dia balik cuti Hari Raya Haji beberapa minggu lepas . tapi jawapan yang Arez dapat ialah - gelengan kepala beliau . dalam hati Arez pula mengatakan, 'kalau dah cinta pertama, memang payah nak lupa' . tapi Arez tak tahulah sejauh mana kebenaran mengenai Cinta Pertama . betulkah cinta pertama sukar untuk dilupakan? Arez ada jugak tanya macam tu kat Khairul Fahmi, jawapan dia - hanya menganggukkan kepala . dan jawapan Arez kepada dia ialah :


"Kalau dah jodoh korang berdua, takkan kemana juga."

-Tamat-

Nov 12, 2011

Review Filem : Ombak Rindu

Hello peeps!

Pepagi tadi tengok Trailer Ombak Rindu kat telebisyen. Fuhhh..nampak macam best. Lagu filem tuu pun best. Rasanya macam lagi best daripada lagu Bila Cinta (LBS) . Filem ni arahan Osman Ali, pengarah dari filem Lagenda Budak Setan. Jalan cerita dari trailer pun dah nampak best. Filem ni diadaptasi dari novel Ombak Rindu, iaitu hasil karya Fauziah Ashaari. Agaknya pengarah ni memang suka buat filem dari novel. LBS best tapi rasa macam cerita tuu singkat sangat. Banyak lompat scene berbanding novel. Harap Ombak Rindu lagi best daripada Lagenda Budak Setan. Novel Ombak Rindu best kott! Lagipun nama watak utama dia sama dengan saya. *HAHA this is best bro. Tayangan filem Ombak Rindu ini pada 1 Disember 2011.   Jumm tengok beberapa cebisan yang ada dengan filem ni :



Haa. Amekaw! Layan-laa lagu ni puas-puas.


p/s : nak pergi tengok dengan siapa ye...