Dec 7, 2012

FKWL : Bila Berjauhan

Masing-masing berjauhan. Terasa seperti si dia berada di luar negara. Kenapa saya katakan begitu? Kerana kami jarang text, on the phone, whatsapp, apatah lagi kalau berbalas email. Hidup ni memang sukar. Hidup berjauhan ni memang sukar. Bukan sekadar melibatkan kesabaran, malah melibatkan perasaan. Bila berjauhan banyak perkara yang perlu dijaga; hati, serta maruah. Si dia memang busy pabila dia sambung pelajarannya. 


Memang tak dapat disangkal lagi kesibukannya. Tiada masa untuk bergayut setiap malam, seperti yang selalu dilakukan. Kalau dapat ber-text dengan keadaan yang tenang pun dah kira bagus. Ini tidak, rasa macam terpaksa untuk balas message. Great. That’s all.
 

FKWL : Nukilan Hati Seorang Wanita

Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. 
Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. 
Hati wanita ini macam gelas kaca, mudah pecah. 
Bila dah terluka, susah nak rawat balik. 
Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. 


Boring. 
Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. 
Tak sesuai yang ini, ambil yang lain.

(Seseorang, November 2012)