“Abang Aidil cakap yang dia dah habis
belajar. Dia nak akak jemput dia dekat KLIA esok pagi.”
Berbunga hati Dyra bila mendapat khabar daripada adiknya
si Diela yang kawan rapatnya iaitu Aidil akan pulang ke Malaysia. Sudah 4 tahun
dia tidak berjumpa dengan Aidil. Yelah, orang study kat luar negara. Jarang
balik ke Malaysia. Kalau balik pun tak sempat nak jumpa. Inilah saatnya untuk
berjumpa dengan Aidil yang merangkap kawan rapat dan juga bekas kekasihnya.
“Bee, esok baby nak pergi jumpa Aidil. Bee
nak ikut tak?” tanya Dyra perlahan.
“Aidil? Bila dia sampai?”
“Esok pagi. Dia suruh baby jemput kat KLIA.
Tapi baby nak bee ikut sekali. Boleh kan bee?”
“Tengoklah camne. Kalau bee takde kerja
esok pagi, bee pergilah.” Jawab Aman.
Dyra menggumam. Dia tahu perasaan cemburu Aman mula
terbit di dalam diri kekasihnya itu. Namun, dia tidak mahu berbalah hanya
kerana perkara remeh tersebut. Dyra mendiamkan diri. Aidil pernah menjadi
kekasih Dyra sejak sekolah rendah lagi. Sehinggalah mereka berdua terpaksa berpisah
ketika di sekolah menengah apabila Aidil mengikut keluarganya berpindah ke
Scotland. Sungguh pun berpindah, Aidil sering menghantar email kepada Dyra.
Daripada situlah mereka berdua berhubung antara satu sama lain. Namun kelibat
Aidil terpaksa dinafikan apabila kehadiran Aman dalam kehidupan Dyra. Mereka
berdua mula berkenalan ketika Dyra melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA ternama
di Malaysia. Aman seorang lelaki yang pemalu dan tidaklah sekacak Aidil. Mereka
dipertemukan dalam sebuah event yang dianjurkan oleh pihak universiti.
Dyra menyedari bahawa hubungan dia dan Aman tidaklah
seindah hubungannya dengan Aidil. Aman jarang untuk meluangkan masa dengannya
kerana sikap pemalunya. Dyra menganggap pertemuannya dengan Aman hanyalah satu
kebetulan kerana hubungan mereka berdua bermula dari salah faham. Dan
kemudiannya, Dyra sendiri ingin menjalinkan hubungan cintanya bersama Aman.
Aman pernah menolak cinta Dyra. Oleh kerana Aman tidak mahu Dyra kecewa, dia
menerima dengan hati terbuka. Walaupun Aman jarang memberikan kasih sayang
terhadap Dyra, perasaan cinta Aman mula terbit apabila hubungan mereka berdua
semakin matang. Dyra tidak perasan mengenai perkara tersebut. Dyra sering juga
mengungkit mengenai hubungannya dengan Aidil terhadap Aman. Namun Aman hanya
berdiam diri. Ada suatu ketika, Dyra membuat keputusan untuk kembali ke
pangkuan Aidil. Dan mungkin bila Aidil pulang, Dyra akan menggunakan peluang
yang ada untuk memujuk Aidil kembali.
Keesokan
harinya.....
Setibanya Dyra dan Aman tiba di depan pintu ketibaan,
kelibat Aidil masih belum kelihatan. Berdebar-debar perasaan Dyra menanti bekas
kekasihnya itu. Tidak tahu bagaimana rupa Aidil selepas beberapa tahun tidak
berjumpa. Aidil tidak pernah menghantar gambar terkini kepada Dyra. Facebook
milik Aidil tidak berapa aktif sejak dia berpindah ke luar negara. Kelibat
orang yang turun dari pesawat mula kelihatan mengangkat bagasi dan keluar dari
pintu ketibaan. Dan Dyra mula mengecam seseorang yang dia amat kenali. Ya, itu
Aidil. Dyra masih cam wajah Aidil walaupun kini Aidil sudah berkaca mata.
Kelihatan sedikit nerd namun semakin kelihatan smart. Tapi siapakah yang berada
di samping Aidil? Aidil perasan bahawa Dyra sedang menunggunya di pintu
ketibaan. Aidil terus menuju ke arah Dyra.
“U ni Dyra kan?” tanya Aidil sambil
menuding jari ke arah Dyra.
“Yupp. I Dyra Kamaruddin. Kawan U dari
sekolah rendah dulu. Ingat I lagi tak?” Jawab Dyra sambil tersenyum. Namun dia
masih tertanya-tanya siapakah orang yang bersama Aidil.
“Ofcos laa I ingat! Dulu kan kita pernah
couple time sekolah rendah dulu. Sampailah secondary school, I kena pindah
Scotland.”
“U masih ingat ye? Haha, tak sangka betul.
U makin handsome-lah Aidil.”
“Alaa...U pun apa kurangnya. Freaking good looking!
Ohh. Hampir terlupa. I nak kenalkan ini tunang I, Ziera. Tak lama lagi kami
akan diijabkabulkan kat sini. So I balik ni nak prepare for majlis kahwin I.
Nanti I bagi kad kahwin kat U.”
Dyra terkesima. Namun dia cuba bertenang.
“Hai, I Ziera. Nur Hazirah Dato’ Fakruddin.” Dyra bersalaman dengan Ziera. Dyra
hanya senyum tawar.
Kemudiannya mereka berempat menuju ke kereta milik Aman.
Dyra terpaksa membatalkan niatnya untuk memujuk Aidil. Dia berbisik di dalam
hati, mungkin dia patut menghargai insan yang sudah berada di sampingnya iaitu
Aman. Dia tekad akan memperbaiki sikapnya yang tidak menghargai Aman dan
menerima pasangannya itu seadanya. Namun, terselit juga perasaan gembira
apabila Aidil sudah menemui pasangan yang sepadan dengannya. Tahniah Aidil!
-Tamat-

No comments:
Post a Comment