Jan 15, 2012

RE : Rindu

Ada kalanya aku rasa bersalah buat perkara sedemikian terhadap kau. Mungkin ini salah aku. Dan rasanya bukan mungkin, memang ini salah aku. Ya, aku sering layan kau tak seberapa baik kebelakangan ini. Aku bukan tak suka bila bersama kau, tapi sekarang ini banyak masalah yang timbul. Ini kerana tercetusnya salah faham antara kita. Selalunya aku yang memulakan perbalahan itu. Aku sedar.

Aku bukanlah sempurna seperti orang lain, yang pandai melayan wanita dengan baik. Bukan tak boleh aku nak berbuat demikian, tapi aku sendiri tidak tahu kenapa dengan aku sekarang. Bila aku baca entry kau, aku rasa bersalah. Itu apa yang kau rasa. Selama ini rasanya aku banyak sakitkan hati kau. Tapi kau tak tunjuk semua tuu depan aku. Kau lebih suka senyap dan senyum. Kau banyak bersabar dengan aku. Aku patut sedar tentang itu. Aku dah mula rindukan kau. Dan akhirnya aku buka blog kau. Lepas baca semua itu, barulah aku sedar yang kau sentiasa ada dengan aku. Maaf.


'Aku minta maaf di atas kesalahan aku yang lepas. Aku patut sedar tentang itu. Terima kasih.'

No comments: