Mar 28, 2012

FKWL : Dia Sudah Tiada

"Sekarang baru kau tahu betapa seksanya hati dia."

Dulu hubungan mereka amat tenang. Pelbagai memori indah mereka lalui bersama. Suka-duka dikongsi bersama. Sering berkomunikasi antara satu sama lain. Banyak perkara yang mereka sudah tempuhi bersama. Asyraf dan Zara sudah lama mengenali satu sama lain. Dan mereka berdua ingin merealisasikan impian mereka satu hari nanti dengan satu ikatan yang sah.

Namun, disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka-lah menyebabkan mereka bertengkar. Sejak kebelakangan ini, Asyraf kerap mencari kesalahan Zara. Sering berlaku begitu. Bila mereka berdua berbaik semula, 2-3 hari kemudian pasti akan bergaduh semula. Kesalahan kecil menjadi besar apabila Asyraf mengungkit kembali perkara dulu. Sering bertengkar hanya perkara kecil. 


Zara masih dapat bertahan dengan perangai Asyraf. Namun, hati wanita apalah sangat jikalau nak dibandingkan dengan hati lelaki. Seorang wanita pasti akan mengalah dan berubah hati. Namun tidak bagi Zara. Dia masih dapat menerima Asyraf dengan perangai sebegitu. Ramai rakan Zara yang bertanya bagaimana Zara masih dapat menahan kelakuan Asyraf. Zara lebih gemar memberi jawapan kepada mereka dengan senyuman. Hanya hati dia saja yang tahu apa perasaan Zara sekarang.

Namun, terdetik di hati Asyraf untuk meminta maaf dengan Zara. Tidak berhubung selama beberapa hari membuatkan diri dia tidak selesa dengan keadaan tersebut. Ketika itu, barulah dia sedar bahawa seksanya hati Zara menahan kelakuannya. Asyraf cuba menghubungi Zara. Namun panggilannya dijawab oleh orang lain, iaitu emak Zara.

"Zara? Asyraf, anak mak cik dah takda." 
Jawab emak Zara dengan nada sedih.
Asyraf terduduk mendengar jawapan tersebut.

-Tamat-

No comments: