Selamat pagi reader(s) .
Alhamdulillah, tuan blog baru aje habis final exam. Tapi
tak boleh nak relax sangat sebab result entah macam mana nanti. HAHA. Sekarang
dah nak cuti, so mula-lah nak mem-busy-kan diri dengan blog buruk ini. Bila
jenguk blog ni, banyak entry Musim Bunga. Kalau tak faham apa musim bunga kat
blog HAMS ni, sila beredar tanpa berfikir panjang. HEHE. Kali ni nak share
perihal blog pulak. Apa perbezaan Blog
Personal dan Blog Public?
Apa itu Blog
Personal?
Baiklah. Blog personal ni lebih kepada diari harian penulis/pemilik
blog tersebut. Dalam blog dia tu banyak bercerita mengenai kisah hidup, cinta
dan lain-lain lagi. Kadang-kadang naik geli baca blog mereka. HAHA. Bukan naik
geli aje, bila baca lama-lama rasa menyampah pun ada. Tapi andai kisah di blog
mereka tu boleh dikategorikan sebagai ‘awesome’, tak kisahlah kalau kerap baca
pun. Ada juga blog personal yang mempersoalkan pasal politik dan dunia. Dan
jangan lupa bahawa sesetengah dari mereka ni, menggunakan blog untuk
menyampaikan berita buruk mengenai orang lain. Ishh-ishh! Ada je blog personal
yang bagus penulisnya.
![]() |
| Takde kena mengena. |
Apa itu Blog
Public?
Blog ni lebih open untuk bacaan umum. Kepada reader(s)
yang suka baca pasal artis, ada blog tu cerita pasal artis je. Kalau pasal
bola, blog tu cerita pasal bola je. Blog yang jenis macam ni lebih terbuka
untuk rakyat yang suka membaca. Tak kisahlah pasal apa pun. Sekarang ni, blog
dah makin popular. Kalau dah popular tu, pegi mana-mana je mesti ada orang
tegur. Sekarang ni blogger dah macam artis! Serius! Ada sesetengah akhbar dan
majalah terkemuka panggil blogger untuk sesi fotografer dan temu ramah. Blog
mereka ni lebih seronok untuk dibaca oleh para pembaca. Mehh! Saya nak
suggest-kan beberapa blog yang best untuk menjadi santapan :
Setakat itu je yang Arez mampu share mengenai cerita ni.
Sebenarnya, ini cuma pandangan tuan blog. Kalau ada sesiapa yang tak setuju
atau terasa tu, ribuan maaf saya ucapkan. Saya pun bukanlah blogger yang
bertaraf professional. Entry ni sekadar menjadi perkongsian untuk
pembaca/blogger(s). Kita jumpa lagi dalam next entry, okay? Take care
reader(s)!






