Aku Bukan Yang Terbaik
Hari ni memang hari yang teruk bagi aku. Entah kenapa mood jatuh sangat2. Sangat tertekan hari ni. Ianya hanya disebabkan dengan kelas pertama pada hari ni. Lecturer dah keluarkan carrymark untuk subjek tu. Result carrymark tuu teruk sangat sampaikan lecturer tuu sedih tengok prestasi aku. Quiz 1 punya result, teruk. Ia disebabkan oleh aku sendiri yang sibuk dengan aktiviti di kampus. Tapi Quiz 2 yang baru-baru ni, Alhamdulillah naik mendadak. Tapi carrymark still teruk. Dahlah tuu subjek yang aku repeat. Dan tadi baru saja habis Quiz Admin. ini pun tertekan lagi sebab dah 2 Quiz aku fail. memang fail! Tertekan.
Dan hari ni aku tertekan dengan dia. Tak terkata untuk aku ungkapkan dalam entry ni. Seronok bersama orang lain. Dengan aku, takde pulak kau nak seronok camtu. Ya, aku tahu yang aku tak pandai nak buat kau happy macam dia happy-kan kau. Aku selalu sakitkan hati kau, kan? Tak pernah nak buat kau happy. Tak pernah rasanya kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku bukan suka-suka nak bandingkan aku dengan orang lain, tapi kali ni perlu aku mention-kan dekat kau.
Aku tahu kau pun dah tak tahu nak cakap apa dekat aku. Aku tahu kau sakit hati dengan aku. Ini semua gara-gara perangai aku yang macam @#$%&. Untunglah badan, ramai sayangkan kau. Ada yang ingatkan kau pasal itu ini. Aku takde nak ingatkan kau itu ini kan? Yelah, aku tak macam orang lain yang pandai melayan kau dengan baik. Aku tahu. Nampaknya kau lebih happy dengan orang lain berbanding aku. Seronok kalau ada orang selalu ambil berat pasal kau, kan? Tak tahu-lah sama ada kau masih ada hati dengan dia ke apa..aku malas nak cakap pasal benda tu. Masing-masing tahu nak bezakan apa yang betul dan salah, kan? Kalau itu yang terbaik untuk kau, teruskanlah. Kau pun nak ada life sendiri. Aku bukan suami kau, nak halang-halang kau buat itu ini.
Dan aku pasti, aku bukan terbaik untuk kau.
Ceritera
Arez Razin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 words from them:
jangan sedih... =)
Post a Comment