Feb 18, 2012

FKWL : My Bestfriend's Ex

Aku merupakan seorang pelajar pintar ketika di bangku persekolahan. Selalu diejek dengan panggilan 'nerd'. Tapi aku tak kisah semua tu. Aku digelar sebagai 'nerd' dari Form 3 sehingga Form 5. Dan ketika aku Form 5 itulah aku mempunyai seorang rakan baik atau senang digelar sebagai BFF, iaitu Syafiq. Dia mengajar aku untuk menjadi seorang yang cool pada khalayak ramai. Pada mulanya, aku endahkan saja. Tapi disebabkan dia merupakan bestfriend aku, aku terpaksa menuruti saja.

Pada suatu hari, Syafiq bercerita bahawa dia meminati seorang pelajar perempuan yang bernama Ellysa. Dia meminta pertolongan supaya dapatkan pelajar perempuan tersebut untuk dia. Dia paksa aku nyatakan hasratnya untuk menjadi boyfriend si Ellysa ni. Dan tanpa aku sedari, aku juga meminati Ellysa. Syafiq bertanya, "Perlu ke aku luahkan isi hatiku pada Ellysa?". Aku hanya mengangguk tanda setuju. Tidak lama kemudian, mereka berdua bercinta. Pada waktu yang sama, aku menganggap Ellysa sebagai bestfriend aku selain Syafiq.

Pada waktu itu, ia merupakan perkara yang menggembirakan dan menyedihkan dalam hidup aku. Aku gembira kerana Ellysa gembira dan aku sedih kerana Ellysa gembira bersama orang yang dia kasihi. Aku terus anggap dia sebagai bestfriend aku supaya aku dapat lupakan dia. Namun 5 bulan kemudian, sedang aku meng-online di Facebook, aku ternampak status Ellysa yang baru di-update oleh beliau.

"Kadang-kadang, kita perlu melepaskannya."

Aku pelik. Aku terus IM dengan dia. Kami berdua bersembang dalam IM dan kemudiannya Ellysa memberitahu bahawa dia dan Syafiq sudah lama break-up. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ellysa. Dia menangis sambil menceritakan bagaimana dia dan Syafiq berpisah. Petang itu, kami berborak dan senyuman dia kembali terukir. Sebelum aku pulang ke rumah, dia mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar segala masalah yang dia hadapi selama ini. Setelah kejadian tersebut, kami berdua menjadi semakin rapat. Namun aku masih anggap dia sebagai bestfriend aku.

Pada keesokan harinya, aku mendapat berita bahawa dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku bergegas pergi ke rumah Ellysa, namun apa yang aku dapat...hanyalah sepucuk surat dari Ellysa yang diberi oleh kakaknya. Isi kandungan surat tersebut ringkas sahaja,
Dear Aidil,
Ellysa tahu yang Aidil akan cari Ellysa ketika ini. Tapi Ellysa terpaksa buat keputusan ni sebab saya jatuh hati dekat awak. Ellysa tak nak bagitahu sebab tak nak hubungan kita sebagai bestfriend, hancur macam tu saja. Lagipun Ellysa dapat tawaran sambung pengajian di sana. Bukan mudah untuk Ellysa dapat tawaran sebegini. Sekurang-kurangnya, Ellysa ada masa untuk berfikir mengenai kita. Maafkan Ellysa.
Ketika itu, hati aku hancur. Tapi aku tahu yang dia menyayangi aku. Sepanjang dia melanjutkan pengajian di luar negara, kami selalu berbalas e-mail. Tak pernah lost contact. Dan pada suatu hari tanpa aku sedari, Ellysa pulang ke Malaysia. Dia datang ke rumah dan berjumpa dengan aku.

"Saya rindukan awak." 


Itulah ayat pertama yang dia lafazkan. Masih tersemat lagi dalam ingatan ni. Ketika itu, aku hanya mampu tersenyum. Akhirnya kami berdua bersama sehingga sekarang.

End of Story.